Now Reading
Apa Hukum Adik-beradik Bermasam Muka Dalam Tempoh Masa Lama? Ini Penjelasan UAI

Apa Hukum Adik-beradik Bermasam Muka Dalam Tempoh Masa Lama? Ini Penjelasan UAI

Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, antara tabiat seorang manusia adalah tidak sependapat tentang sesuatu perkara hingga menyebabkan pergaduhan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai adik-beradik sudah tentu anda pernah melalui waktu di mana berlakunya perselisihan faham dan perbalahan.

Walaupun kebiasaannya masalah dihadapi akan selesai dalam masa beberapa hari, namun ada juga segelintir yang tidak mampu menyelesaikan perbahalan berlaku selain bermasam muka dalam tempoh masa yang lama.

Dalam sesetengah kes, ada juga yang bertindak memutuskan hubungan adik-beradik tersebut meskipun mereka adalah darah daging sendiri.


Ini Penjelasan UAI Tentang Adik-beradik Yang Berbalah Dengan Tempoh Lama

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah pernah menjelaskan tentang hukum adik-beradik berbalah sehingga menyebabkan mereka tidak bertegur.

Menurut UAI, bermasam muka antara satu sama lain tidak membawa masalah dengan syarat mereka bertegur sapa.

“Kita ni manusia. Antara tabiat manusia adalah tidak setuju angin (tidak sependapat), betul tak? Ada kalanya kita berselisih tak setuju angin jadi balah (gaduh). Balah tu kadangkala (di antara) anak-beranak.

“Maka Nabi SAW faham. Nabi kata jangan balah, kalau balah juga jangan lebih tiga hari faham?” jelas UAI.

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, Nabi SAW bersabda:

“لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ”

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.”

[Riwayat Muslim]


Segelintir Individu Ada Riak Muka Yang Agak Serius

Tambah beliau lagi, kadangkala muka masam (tidak senyum) tidak boleh dielakkan kerana ia berkemungkinan riak muka semula jadi si adik-beradik.

“Saya pernah makan satu kedai makan. Lama dah tahun 90-an dulu. Budak yang jaga tu muka masam. Kita pula ‘apa dia ni?’ Rupanya muka dia memang begitu, jadi tak apa lah asalkan baik,” ulas UAI.


Haram Jika Putuskan Hubungan Silaturahim

Pun begitu, jika keadaan tersebut menyebabkan hubungan silaturahim adik beradik terputus ia dikira sebagai satu dosa.

Diriwayatkan oleh daripada daripada hadith Jubair bin Muth^im RadhiAllahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ”

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim. Maksud tiadak masuk syurga di sini adalah tidak masuk bersama golongan terawal (bukan ertinya dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya padahal di memiliki iman).”

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Kesimpulannya, jika ia melibatkan adik-beradik adalah dinasihatkan untuk mengalah dan berbaik bagi kesejahteraan sama.

“Tak salah sakit hati kerana hati kita tak payah nak terima. Tapi jangan kita terjemahkan sakit hati tu dengan cara sihir dan sebagainya,” jelas UAI.

@mashy529 #uai #ustazazharidrus #soaljawabagama #ceramah #dakwah_islam#fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – KATA USTAZ👳‍♂️

Dua Beradik Bergaduh Hingga Maut

Walaupun kebanyakan kes pergaduhan adik-beradik hanya melibatkan emosi atau perbalahan mulut namun, ramai juga yang menggunakan kekerasan fizikal.

Terdahulu, dua beradik dari Ipoh ditemui maut selepas bertengkar. Salah seorang daripada mereka terbaring berlumuran darah di dapur dengan kesan tikaman, manakala seorang lagi lelaki berada di luar rumah dalam keadaan tergantung.

Difahamkan, si ibu sudah cuba meleraikan perbahalan di antara mereka namun masih gagal. Memetik Harian Metro, saksi kejadian juga sering mendengar adik-beradik tersebut bergaduh di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Abang Pukul Adik Perempuan Gara-gara Bilik Bau Masakan & Bahang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd