“Tolong Hormati Makanan” – Nasi Kandar ‘Coquette’ Dibanjiri Air Bandung Undang Perhatian
Nasi Kandar Coquette ini adalah gabungan air bandung bersama nasi berbentuk hati menjadikan hidangan itu berwarna merah jambu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menggemari nasi kandar. Ramai yang menggemari hidangan dibanjiri kuah yang banyak, ada juga yang suka pinggan mereka dilimpahi dengan pelbagai lauk.
Menyedari nasi kandar ini mendapat sambutan hangat, baru-baru ini premis makanan Nasi Kandar Sulaiman (NKS) yang terletak di Pulau Pinang telah tampil dengan idea rupa nasi kandar yang agak berbeza.
Nasi kandar ini berupa hati dengan harga serendah RM1 sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: “Untuk Yang Single Ke ni?” – Nasi Kandar Bentuk ‘Love’ Jadi Tumpuan, Serendah RM1 Pun Ada!
Nasi Kandar Pelbagai Bentuk Curi Perhatian
Terbaharu tular satu hantaran di laman Instagram (@halalfoodiemy) menyaksikan Nasi Kandar Sulaiman sekali lagi tampil dengan rupa juadah nasi kandar yang lain daripada lain.
Menerusi video perkongsian kelihatan seorang pekerja di sana sedang menyediakan nasi dengan beberapa rupa yang unik seperti riben, ikan dan kambing.
Nasi-nasi itu kemudian disertakan dengan kuah banjir yang banyak mengikut selera pelanggan di sana.

Nasi Kandar Dibanjiri Air Bandung
Namun perkara yang mendapat perhatian adalah apabila nasi yang berbentuk hati dituang dengan air bandung dan bukannya kuah banjir seperti biasa.
Jika anda lihat sendiri pada klip tersebut, kelihatan nasi dibanjiri air bandung itu bertukar warna merah jambu. Pelik tetapi benar. Nasi berwarna pink itu dipanggil sebagai Nasi Kandar Coquette 🎀.

Untuk info, istilah Coquette ini selalu diguna pakai oleh golongan gadis Gen Z bagi menunjukkan sisi feminin mereka melalui fesyen. Coquette ini juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang estetik, comel dan berwarna pink.
Ramai Hilang Selera Lihat Rupa Nasi Kandar Coquette
Namun perkongsian ini mendapat kritikan banyak pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan idea Nasi Kandar Coquette selain menganggap nasi yang dibanjiri air bandung adalah satu pembaziran.
“Apa benda ni? Buat main dengan makanan, tu rezeki. Boleh pula buat corak-corak,” ujar seorang lelaki.
Dalam masa sama, orang ramai turut memberi teguran untuk lebih menghormati makanan iaitu tidak dibuat main dan dijadikan bahan konten semata-mata.






Nasi Dibanjiri Air Bandung Bukan Idea NKS
Selepas mendapat perhatian ramai, NKS dalam satu hantaran di laman TikTok berkata idea nasi yang dituang dengan minuman manis itu bukanlah datang daripada mereka.
“Tuang air bandung atas nasi itu bukanlah konten atau idea NKS. Yang buat bentuk nasi itu je konten NKS yang pernah dibuat dalam page kita. Kita sudah jual nasi kepada mereka, hak mereka untuk buat apa saja dengan nasi itu.
“NKS pun tidak boleh kata apa-apa. Jadi mereka nak tuang air bandung atau sirap limau ke itu hak mereka ikut suka hati mereka,” ujar NKS.
Pihak NKS juga turut berharap agar orang ramai tidak salah faham mengenai perkara ini.
Kenyataan ini dipercayai dikeluarkan selepas mereka dikritik oleh segelintir netizen di akaun Instagram (@halalfoodiemy).

Baca Artikel Berkaitan: “Rekod Paling Tinggi Dalam Sejarah” – Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300
Baca Artikel Berkaitan: Love Nasi Kandar? Here Are the Top 5 Overrated Nasi Kandar Joints (Open To Discussion)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



