Now Reading
“Sejuk Perut Mak” – Anak-anak Bantu Angkut Barang Sejurus Bapa Pulang Berniaga Dipuji Ramai

“Sejuk Perut Mak” – Anak-anak Bantu Angkut Barang Sejurus Bapa Pulang Berniaga Dipuji Ramai

Menerusi video tular, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang mengangkat plastik kecil manakala si abang sulung pula mongosongkan but van yang dipenuhi pelbagai barangan niaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar anak. Amalan berbakti kepada orang tua kita ini merupakan antara perbuatan yang paling dicintai oleh Allah SWT.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berumur 10 tahun sanggup ‘menggadaikan’ cuti sekolahnya hanya untuk membantu si ayah menebar roti canai di kedai makan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang mana rata-rata pengguna media sosial memuji si kecil kerana bantu berniaga walaupun pada usia itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kanak-kanak Bantu Ayah Tebar Roti Canai Ketika Cuti Sekolah Raih Pujian


Kanak-kanak Bantu Bapa Keluarkan Barang Dari Van Selepas Pulang Berniaga

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aslindadikinn) menyaksikan satu situasi menyentuh hati melibatkan beberapa orang adik beradik dan juga ibu bapa mereka.

Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menyerbu van dipandu oleh si bapa sejurus dia pulang daripada berniaga.

Beberapa orang kanak-kanak dilihat bantu mengangkat barangan kecil, manakala seorang lelaki dipercayai anak sulung mengosongkan bahagian but van yang dipenuhi dengan barangan niaga seperti kotak ais, tong gas, kerusi, khemah dan banyak lagi.

Sumber: TikTok (@aslindadikinn)

Aksi anak-anak yang pantas bertindak itu seolah-olah mereka sudah terbiasa membantu si bapa yang kepenatan selepas pulang mencari rezeki.

Dalam klip tersebut juga anda boleh lihat abang sulung itu tertawa sambil melakukan kerja berkenaan. Memang jelas terpapar keikhlasan dalam menolong bapanya.

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]


Didik Anak Buat Kerja Di Rumah Sejak Kecil

Menurut si ibu di ruangan komen, dia telah mendidik anak-anaknya untuk membantu di rumah sejak usia kecil.

“Dari kecil minta tolong. Buat kerja yang senang-senang dulu. Bila dah besar sikit, boleh sapu dan mop rumah. Dah makan basuh pinggan dan terus susun (di rak). Dah remaja ni, senang nak minta tolong (tugasan) yang berat sikit,” ujar ibu tersebut.

@aslindadikinn #CapCut ♬ original sound – aslindadikinn

Ramai Puji Tindakan Anak-anak Yang Ringan Tulang Untuk Membantu

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji tindakan anak-anak yang prihatin dan bersikap bertimbang rasa terhadap si bapa.

“Alhamdulillah anak-anak semua ringan tulang. Tak perlu diarah-arah (untuk menolong),” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga memuji ibu bapa kerana memberikan tunjuk ajar terbaik kepada anak-anak untuk sentiasa membantu antara satu sama lain.

“Anak yang baik akhlaknya hasil didikan sempurna dari keluarganya,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, pengguna media sosial juga tidak terlepas untuk menitipkan doa buat anak-anak yang banyak berbakti tersebut.

“Satu hari nanti anak-anak ni akan jadi insan yang hebat, berjaya dan membanggakan kedua ibu bapanya. Amin,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@aslindadikinn)

Alhamdulillah, semoga perkongsian ini membuka mata para anak di luar sana untuk tidak berkira dan sentiasa membantu ibu bapa walau di mana pun pun anda berada.

Insya-Allah setiap amalan baik yang dilakukan itu akan diberkati dan mendapat syafaat di akhirat kelak.

Baca Artikel Berkaitan: “Bagus Didikan Ibu Bapa” – Murid Lelaki Salam & Peluk Pak Guard Raih Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd