Now Reading
[Video] “Bila Senang Jangan Lupa” – Perkongsian Alif Satar Tentang Onak Duri Kehidupan Buat Ramai Terinspirasi

[Video] “Bila Senang Jangan Lupa” – Perkongsian Alif Satar Tentang Onak Duri Kehidupan Buat Ramai Terinspirasi

Menurut Alif Satar, dunia ini adalah tempat di mana setiap manusia bakal diuji dengan pelbagai perkara dan dugaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mengecap sesuatu kejayaan sudah tentu impian setiap daripada kita. Pun begitu, mencapai perkara itu bukanlah satu perkara mudah seperti yang disangkakan.

Ia datang dengan pelbagai dugaan dan ujian sebagai contoh dari segi kewangan, pekerjaan, pembelajaran, persekitaran yang negatif, tekanan emosi dan banyak lagi.

Meskipun ramai di kalangan masyarakat mampu mengendalikan setiap cabaran mereka dengan baik, namun ada juga segelintir yang berasa kurang motivasi selain mengambil keputusan untuk berputus asa.


Alif Satar Kongsi Pandangannya Tentang Setiap Perkara Dilalui Dalam Hidup

Baru-baru ini, selebriti versatil terkenal Alif Satar sekali lagi menjadi inspirasi buat orang ramai selepas tampil menjadi tetamu dalam podcast terbaharu, Apa Cerita?

Menerusi hantaran dimuat naik oleh Asyraf Khalid yang juga host Apa Cerita? di laman TikTok, Alif berkata kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Memetik kata penyanyi tanah air Datuk M Nasir sebelum ini, Alif Satar menjelaskan bahawa penyanyi itu juga pernah melalui detik di mana kekurangan wang untuk membeli makanan.

Pun begitu, M Nasir tidak pernah menganggap perkara tersebut sebagai satu kesusahan sebaliknya sekadar proses dalam hidup yang perlu dilalui.

“Kalau dalam industri seni aku terpaksa buat tu, sudah tentu! Aku pernah pergi kerja (dapat) RM50 satu hari. Hanya kerana, saya kena buat benda tu. Waktu Hari Raya pertama, aku kena nyanyi dekat Malaysia Hari Ini.

“Aku bagi tahu mak ayah aku, dia kata pergilah. Itulah detik terbaik. Walaupun susah, saya ada ibu bapa yang beri sokongan. Dia tahu yang aku ada misi tu,” jelasnya.


Cari Pasangan Yang Memahami

Ada juga individu yang pernah bertanya kepada Alif tentang bagaimana dia melalui segala ujian yang datang kepadanya?

“Sebenarnya kau kena cari pasangan terbaik. Macam isteri aku, memang the best. Dalam apa sahaja, aku susah atau sibuk, dia kena memahami. Kita ada misi. Tapi kita pula janganlah ambil kesempatan, ‘bini aku faham tinggal je lah’,” katanya.


Kehidupan Bukan Satu Proses Yang Mudah

Tambah aktor itu, perjalanan hidup setiap manusia pastinya sukar dan perlu melalui sebarang kesulitan.

“Tiada siapa pernah cakap ia mudah. Bila aku bercakap (tentang kehidupan) ia sentiasa bawa semula kepada (pegangan) kita sebagai umat Islam. Dunia ni memang tempat ujian kita. Kalau tak diuji, kau dah dekat syurga dah. Jadi hadaplah.

“Kita kena laluinya. Dah ada dah contoh dan manual (cara) untuk kita lalui onak duri, bila susah nak kena buat apa… bila senang jangan lupa,” ujar Alif.

@tunasyrafkhalid This episode of @apaceritapodcast with @alifsatar is truly one of my favorites. Alif candidly shares: “Life is tough, and nobody said it’s easy.” He explores the idea that life is a constant test, as taught in Islam. Yet, he also emphasizes the importance of a solid support system to make it all more worthwhile. Don’t miss this inspiring and heartfelt conversation. Watch it now on YouTube! This Episode is specially brought to you by @Kahf Store MY ♬ original sound – Tun Asyraf Khalid ™

Ramai Setuju Dengan Alif Bahawa Ujian Adalah Proses Dalam Hidup

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dengan kata-kata dilontarkan oleh Alif mengenai cabaran dilalui dalam kehidupan.

“Betul, ia satu proses. Bila susah kena buat beberapa plan dan berusaha. Bila dah berjaya jangan lupa diri dan sentiasa bersyukur,” kata seorang wanita.

Malah, ada yang berkata kesusahan yang dilalui pada ketika ini sememangnya akan memberi impak positif pada diri seseorang.

“Benar sekali, setiap kesulitan pasti ada yang baik iaitu ilmu dan pengalaman,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, orang ramai juga berterima kasih kepada Alif kerana memberi motivasi dan inspirasi kepada mereka yang sedang berasa ‘down’ dengan cabaran yang dilalui.

Sumber: TikTok (@tunasyrafkhalid)

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Pesanan Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Sebelum 2023

Baca Artikel Berkaitan: Nak Tahu Rahsia Untuk Berjaya Dalam Hidup? Ini 7 Nasihat Dikongsikan Dr Fadzillah Kamsah

Baca Artikel Berkaitan: “Inspirasi!”- Khairul Aming Cerita Cabaran 10 Tahun Lalu Sebelum Sukses Jual Sambal Nyet [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd