“Badan Ni Hanya Pinjaman Tuhan” – Doktor Tampil Beri Nasihat Selepas Tular Suami Maki Isteri Kerana Bersalin Czer
Dr Ahmad Samhan berkata, badan seorang wanita tidak akan ‘rosak’ selepas melakukan Czer sebaliknya hanya memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak beberapa hari ini, tular dia media sosial menyaksikan tangkap layar perbualan seorang isteri yang dimaki oleh suaminya hanya kerana bersalin secara pembedahan caesarean (C-Section) atau Czer dan bukannya secara normal.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan suami wanita berkenaan yang marah dan menganggap isterinya telah rosak hanya kerana bersalin menggunakan kaedah itu.
Bukan itu sahaja, si suami juga menyatakan bahawa lebih baik dia berkahwin dengan wanita lain yang lebih ‘sihat’.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nak I Dapat Wife Rosak” – Wanita Dedah Dimaki Suami Hanya Kerana Bersalin Czer
Dr Samhan Nasihat Orang Ramai Ekoran Kejadian Suami Maki Isteri
Hantaran tersebut kemudian mendapat tumpuan seorang doktor kesihatan, Dr Ahmad Samhan Awang di laman X (Twitter).
Menurut beliau, bersalin secara normal ataupun Czer merupakan satu ‘pertempuran’ yang menjadi saksi jihad para ibu atas dunia depan Allah SWT di saat waktu kebangkitan kelak.
Malah menurutnya, keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata secara Czer bukan satu keputusan yang mudah dilakukan oleh para doktor.
“Bayangkan bayi kekurangan oksigen atau jantungnya sangat lemah. Bayangkan si ibu dah berjam-jam bertarung untuk melahirkan bayi tapi masih tak berjaya.
“Bayangkan bayi lemas akibat bayi berada dalam kedudukan songsang. Takkan lah sebagai doktor atau sebagai suami, kita nak biarkan,” ujar beliau lagi.
Badan Tak Rosak Akibat Czer
Kata Dr Samhan, keputusan bersalin secara Czer dibuat atas faktor untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa termasuklah si ibu dan juga si kecil.
“Badan ini hanya pinjaman Tuhan. Tak akan rosak pun badan si isteri kalau buat Czer. Yang penting penjagaan selepas bersalin.
“Sebagai seorang suami dan doktor apa yang boleh saya sampaikan adalah moga Allah berkati semua ibu-ibu yang telah berperang nyawa melahirkan lebih ramai umat Islam,” kata doktor itu.
Nauzubillahiminzalik.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) August 27, 2024
Caesarian atau bersalin normal; ia adalah ‘battle scars’ yang akan menjadi saksi depan Allah di saat kebangkitan nanti atas jihad para ibu atas dunia.
Bukan mudah ya untuk seorang doktor membuat keputusan untuk menyambut bayi secara czer. pic.twitter.com/PQzA7FroT3
Ramai Geram Dengan Pemikiran Si Suami Yang Hanya Utamakan Rupa Fizikal Isteri
Menjengah ke ruangan balas, ramai dilihat berang dengan pemikiran si suami yang memandang rendah terhadap isteri yang bersalin secara Czer.
“Lepas ni kursus kahwin kena melibatkan doktor Obstetrik dan Ginekologi (O&G) untuk ‘basuh’ kepala pasangan macam ni. Geram baca,” kata seorang wanita.
Malah, ada yang berkata isteri tidak sepatutnya dianggap sebagai objek.
“Kalau bebal tak ada otak, tak perlu nak kahwin. Isteri ni bukan objek. Masa sekolah tak nak belajar, dah besar reti nak kahwin. Macam ni lah jadinya,” ujar seorang pengguna X.
Sementara itu, ada yang tidak menyangka suami tersebut hanya memikirkan tentang rupa fizikal si isteri walaupun dalam masa getir seperti itu.
“Kebanyakan suami sangat risau tentang keselamatan anak dengan kesihatan bayi sewaktu proses melahirkan, ada risiko kematian boleh berlaku antara salah seorang dari mereka. Tapi ni yang kau risaukan? Dasar tak guna,” jelas seorang individu.
Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada semua individu di luar sana, untuk menghargai ibu kepada anak-anak anda.
Baca Artikel Berkaitan: Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi!
Baca Artikel Berkaitan: “Czer Ke Normal?” – Uyaina Arshad Kongsi Perkara Tak Patut Ditanya Pada Ibu Baru Bersalin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram