Now Reading
Dadi Cinema Pavilion KL Umum Bakal Perkenal Hotpot Dalam Wayang Undang Pelbagai Reaksi Masyarakat

Dadi Cinema Pavilion KL Umum Bakal Perkenal Hotpot Dalam Wayang Undang Pelbagai Reaksi Masyarakat

Dadi Cinema Pavilion KL bakal menjadi panggung wayang pertama di Malaysia yang memperkenalkan menu hotpot kepada pelanggan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasan tak, panggung wayang zaman dulu dengan sekarang memang agak jauh berbeza.

Kalau dulu, hanya boleh bawa masuk bertih jagung dan air minuman yang dijual di dalam premis sahaja sebagai kudapan sambil menonton filem di pawagam.

Tetapi sekarang sudah wujud pelbagai jenis panggung wayang sehingga mencecah ratusan ringgit kerana memberikan pengalaman lebih mewah dengan adanya kerusi yang selesa serta dihidangkan makanan berat.


Dadi Cinema Pavilion KL Bakal Perkenal Hotpot Sebagai Menu

Untuk menjadikan pengalaman menonton wayang lebih menarik, syarikat pawagam Dadi Cinema mengumumkan bakal menjadi panggung wayang pertama di Malaysia yang memperkenalkan menu hotpot kepada pelanggan mereka.

Menerusi pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook, panggung wayang beserta hidangan set hotpot itu akan dibuka di cawangan Pavilion Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Berdasarkan pemerhatian kami, hidangan itu tidak disertakan dengan mesin hotpot seperti yang anda biasa lihat di kedai makan.

Sebaliknya, sup panas untuk menu tersebut disajikan di dalam sebuah mangkuk manakala set makanan seperti sayur, daging, bebola dan sebagainya dihidangkan dalam sebuah bekas berbentuk empat segi.

Namun setakat artikel ini ditulis, tiada lagi pengumuman mengenai tarikh ia akan mula dibuka kepada para pengunjung.


Pelbagai Reaksi Diterima Dari Masyarakat Malaysia

Pengumuman tentang bakal adanya hotpot di dalam panggung wayang itu meraih pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan perkara tersebut.

Di ruangan komen, masyarakat beranggapan pengalaman menonton wayang sambil menikmati hidangan hotpot boleh mengganggu fokus seseorang.

“Nampak macam kurang selesa. Kalau makan hotpot dalam pawagam, susah nak fokus tengok filem sebab lagi sibuk nak makan,” ujar seorang pengguna Facebook.

Malah, mereka juga berpendapat bahawa panggung wayang sepatutnya menjadi lokasi yang tenang dan senyap untuk menonton filem.

Sementara itu, segelintir pihak yang berkata bahawa penonton yang menikmati hidangan hotpot ini akan menyusahkan pekerja untuk membersihkan sisa makanan mereka selain boleh mengakibatkan wujudnya haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah individu yang menganggap pembaharuan ini tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Panggung wayang ini dibuat untuk mereka yang ingin merasai pengalaman seperti ini. Kalau anda tak mahu, boleh beli tiket biasa,” kata seorang netizen.

Sumber: Facebook Dadi Cinema
Sumber: Facebook Dadi Cinema

Macam menarik juga makan hotpot dalam panggung wayang kan? Memang lain daripada yang lain.

Kalau anda teringin untuk mencuba pengalaman unik ini, nantikan maklumat terkini dari Dadi Cinema.


Malaysia Juga Perkenal Panggung Wayang Untuk Kanak-kanak

Sebelum ini, syarikat panggung wayang Malaysia Golden Screen Cinema (GSC) memperkenalkan dewan panggung wayang mesra sensori yang pertama di Malaysia di pusat beli-belah Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Dewan pawagam ini juga diwujudkan sebagai mesra autisme untuk memudahkan para ibu bapa membawa anak mereka yang berkeperluan khas menonton wayang.

GSC juga sebelum ini pernah memperkenalkan GSC PlayPlus iaitu sebuah panggung mesra kanak-kanak yang dilengkapi taman permainan mini, tempat duduk jenis bean bag serta hiasan dalaman yang berwarna-warni.

Baca Artikel Berkaitan: GSC Wujudkan Dewan Pawagam Mesra Sensori Pertama Di Malaysia, Khas Untuk Golongan Autisme


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd