Now Reading
Viral Live TikTok ‘Siput Sedut Race’, Ini Kisah Bagaimana Idea Itu Tercetus

Viral Live TikTok ‘Siput Sedut Race’, Ini Kisah Bagaimana Idea Itu Tercetus

Idea perlumbaan unik ini berlaku selepas pengguna TikTok ini didatangi seorang individu yang memintanya untuk membeli 20 ekor siput sedut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, ramai pengguna TikTok yang cukup teruja untuk menanti-nantikan siaran ‘live’ dari seorang individu dikenali dengan nama Ash.

Mana tidaknya, pengguna ini tampil dengan aktiviti agak luar biasa di mana dia telah mempersembahkan perlumbaan menggunakan beberapa ekor siput sedut yang masih hidup kononnya sebagai ‘wakil’ setiap negeri di Malaysia.

Ramai ya yang tonton ‘live’ itu di TikTok sehingga mencecah puluhan ribu orang pada satu masa. Dah macam tonton animasi ‘Turbo’ pula.

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai 20 Ribu Tontonan!” – Lelaki Anjur Race Siput Sedut Di TikTok Live Buat Ramai Terhibur


Kisah Di Sebalik ‘Siput Sedut Race’

Mesti ramai yang terfikir, macam mana lelaki ini boleh tercetus idea untuk menggunakan siput sedut dalam perlumbaan itu?

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Facebook Mimie Mizah, wanita ini menceritakan semula perkongsian yang didengari di radio tentang kisah di sebalik perlumbaan siput sedut ini.

Difahamkan, lelaki bernama Ash itu setiap hari melakukan live di TikTok dengan menjual pelbagai produk dan anggaran penonton yang melihatnya adalah sekitar empat hingga lima orang sahaja.

Idea perlumbaan unik ini berlaku selepas lelaki tersebut didatangi seorang individu ketika di sedang melakukan siaran live seperti biasa.

Individu itu meminta tolong kepada Ash untuk membeli 20 ekor siput sedut yang dijualnya. Kerana mahu membantu, Ash terus membelinya tanpa berfikir panjang apa yang boleh dilakukan dengan haiwan tersebut.

Selepas membuat pembelian, lelaki itu meneruskan semula siaran live di TikTok dengan meletakkan kesemua siput sedut yang dibeli di atas meja.

Sumber: TikTok

Walau bagaimanapun, plastik mengandungi siput sedut berkenaan tidak diikat dengan baik dan menyebabkan haiwan tersebut merayap keluar sehingga ada yang hampir terjatuh dari meja.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian penonton dalam siaran berkenaan kerana ramai yang memberi komen mengenai siput sedut di dalam live.

“Dia ambil siput-siput tu letak atas meja balik. Sekali yang duduk atas meja tu bergerak-gerak macam tengah berlumba pula. Viewer dia yang setiap rancak komen pasal siput berbanding barang yang dia jual,” kongsi wanita tersebut di hantarannya.

Jadi, dari situlah bermulanya perlumban siput sedut itu.

Siapa sangka, niatnya yang hanya mahu membantu orang lain kini terbalas apabila pintu rezekinya terbuka menerusi hantaran ‘gift’ dari pengguna TikTok.

Katanya ‘gift’ yang diterima setiap kali melakukan siaran live itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit.


Orang Ramai Anggap Niat Murni Ash Jadi Pembuka Rezeki Dirinya

Perkongsian kisah itu membuatkan orang ramai berpendapat bahawa kebaikan Asha yang pada awalnya yang berniat untuk membantu penjual siput sedut itu akhirnya dibalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Asbab dia menolong orang, Allah SWT hadirkan view yang tinggi,” kata pengguna Facebook.

Walaupun ia sekadar siput bergerak, namun ramai yang terus menontonnya hingg ada yang tertanya apa yang membuatkan mereka kekal menyaksikan perlumbaan itu seolah-olah ia sama seperti menonton video mukbang, tutorial mekap dan sebagainya.

“Nampak macam tak ada manfaat tapi race siput sedut ini ibarat kita tengok mukbang, tengok make up tutorial. Walaupun kadang-kadang kita tak ikut pun apa dia buat, tapi bila nampak hasilnya, kita pun ikut terasa berjaya,” ujar seorang individu.

Tak kiralah lelaki atau perempuan, ramai juga yang ‘tersangkut’ menonton live perlumbaan siput sedut itu di TikTok.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd