Now Reading
[Video] Ramai Puas Hati Lihat Myvi Cuba Potong Barisan Ditahan Polis

[Video] Ramai Puas Hati Lihat Myvi Cuba Potong Barisan Ditahan Polis

Menerusi video tular, kelihatan seorang anggota polis trafik memberhentikan kereta Perodua Myvi itu kerana cuba memotong barisan dengan menghimpit kenderaan lain di susur keluar sebuah lebuh raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mematuhi peraturan dan memandu secara berhemah merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua pengguna jalan raya.

Hal ini bukan sahaja bagi menjamin keselamatan diri sendiri, malah ia juga untuk menjaga keselamatan orang awam juga daripada perkara yang tidak diingini berlaku sebagai contoh kemalangan.

Pun begitu, masih ramai pengguna jalan raya di luar sana melanggar undang-undang dan membuat onar hingga menyusahkan orang lain.


Myvi Kuning Potong Barisan Di Susur Keluar Lebuh Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan kenderaan yang banyak sedang melalui kawasan susur keluar di sebuah lebuh raya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa buah kereta sedang berada dalam barisan untuk keluar daripada susur tersebut.

Namun sebuah kereta Perodua jenis Myvi berwarna kuning dari lorong kanan dilihat secara tiba-tiba menghimpit kereta lain yang sudah pun berada dalam barisan. Aksi menghimpit pemilik video dashcam dan sebuah trak pikap itu dilihat tidak berjaya kerana kedua-dua pemandu enggan memberi ruang kepada Myvi berkenaan.

Tindakan tersebut sememangnya menyusahkan pemandu lain yang sudah lama menunggu di aliran berkenaan.

Tidak lama selepas itu, seorang anggota polis trafik yang berada di lokasi kejadian kemudian memberi isyarat kepada pemandu Myvi untuk berhenti sebentar.

Pemandu Myvi dipercayai disaman oleh anggota polis berkenaan atas kesalahan tersebut.


Pengguna X Berang Dengan Tindakan Pemandu Myvi

Menjengah ke ruangan balas ciapan, pengguna X dilihat berang dengan tindakan pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab.

“Exit ni memang banyak b*abi potong barisan. Harap PDRM (Polis Diraja Malaysia) dapat letak kamera dekat sini. Senang nak keluar saman,” kata seorang individu.

Malah ada individu yang berkata segelintir pemandu Myvi dengan gelaran ‘King’ ini selalu melanggar peraturan jalan raya.

“Myvi kuning lagi. Dialah yang langgar tiang, dialah yang langgar pam minyak. Kali ni dia dah kantoi potong barisan. Kenapa buas sangat Myvi kuning ni?” tanya seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat tindakan pemilik video dashcam yang tidak memberikan laluan telah memudahkan urusan pihak berkuasa.

“Bagus juga pemilik dashcam tak kasi peluang (Myvi potong barisan) kalau terlajak King ke depan susah polis nak tahan,” ujar seorang pengguna X.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd