Now Reading
[Video] Nak Pakai Kostum Padmé Amidala Dalam Karakter Star Wars, Gelagat Ibu Raih Perhatian

[Video] Nak Pakai Kostum Padmé Amidala Dalam Karakter Star Wars, Gelagat Ibu Raih Perhatian

Rakan kepada Mas iaitu Rina, cuba untuk meyakinkannya bahawa kostum Padmé Amidala dari karakter Star Wars itu adalah cantik buatnya jika dipakai pada majlis makan malam berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali adanya majlis seperti makan malam yang mempunyai tema seperti kostum pasti ramai yang teruja dan pening kepala.

Yelah teruja dan tak sabar nak lihat kenalan atau ahli keluarga yang bakal muncul dengan pelbagai kostum mengikut kreativiti mereka.

Namun dalam masa sama anda juga pening apabila memikirkan baju apakah yang sesuai untuk dipakai ketika acara itu berlangsung.

Ibu jadi perhatian kerana nak pakai kostume Padmé Amidala untuk majlis makan malam

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita ini apabila menjadi perhatian ramai kerana ingin tampil memakai baju Padmé Amidala iaitu salah satu karakter di dalam Star Wars.

Menerusi video yang dikongsikan oleh anaknya Razeeq di TikTok, awalnya kelihatan si ibu yang dikenali sebagai Mas telah berkongsi gambarnya memakai baju karakter tersebut di dalam grup WhatsApp keluarga.

Anak-anak terhibur dengan gelagat ibu

Melihat perkongsian gambar tersebut, salah seorang ahli grup yang dipercayai anak kepada Mas iaitu Hani terhibur dengan perkara tersebut.

Mas kemudian menghantar gambar rujukan kepada karakternya itu, dan memaklumkan dia perlu membeli cat muka untuk membuat mekap seperti Puteri Amidala.

Seorang lagi anaknya, Razeeq yang mulanya pelik dengan kostum tersebut akhirnya mengetahui ia dari karakter Star Wars selepas si ibu berkongsi gambar rujukannya.

Gelagat rakan cuba yakinkan pakai kostume Amidala undang ketawa

Mas kemudian menerusi satu hantaran suara meminta anak-anaknya untuk memberikan idea apakah baju yang sepatutnya dipakai untuk majlis tersebut.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila terdapat suara dari rakan yang dikenali sebagai Aunty Rina seperti sedang meyakinkan Mas baju tersebut sudah cantik.

“You guys (awak semua) berilah saya idea nak pakai apa,” kata Mas

“Eh no, no ideas. Kau jangan nak dengar anak-anak engkau tu. Tu (baju) dah cantik dah tu,” kata Rina yang cuba meyakinkan Mas.

“Aunty Rina kata Amidala ni je, hanya perlu cat muka saya putih dan letak merah tu dengan lipstik merah,” jelas Mas lagi kepada anak-anaknya.

Namun dalam balasan kepada mesej suara itu, kelihatan anak perempuan Mas bertanya sekiranya ada baju lain untuk dipakai kerana mungkin kurang setuju jika si ibu memakai baju berkenaan.

@zeekhaz

1 month duk cari costume in the end dia nak yang ni jugak. Okay mama.

♬ QKThr – Aphex Twin

Tampil pakai baju pahlawan Cina karakter Mulan

Dalam satu lagi video dimuat naik oleh Razeeq, kelihatan ibunya tidak memakai baju tersebut untuk ke majlis berkenaan sebaliknya menukar kepada karakter Mulan.

Dia dilihat memakai busana seperti pahlawan Cina berwarna merah dan membawa pedang mainan.

@zeekhaz

Replying to @cottoncottoncotton

♬ if looks could kill – Destroy Lonely

Manakala dalam satu lagi hantaran, Razeeq berkongsi gambar ibunya bersama rakan-rakan lain termasuklah Aunty Rina yang memakai baju Maleficent.

Ketika ditanya mengapakah ibunya tidak memakai baju dalam karakter Star Wars berkenaan, Razeeq berkata kepada BuzzKini yang hiasan di bahagian kepala kostum terbabit kurang bersesuaian dengan ibunya.

Aunty Rina memang best kostume untuk majlis makan malam, ramai terhibur dan puji comel

Ujarnya lagi untuk majlis makan malam tersebut, Aunty Rina telah menjadi pemenang untuk pakaian paling terbaik.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Mas. Malah ada juga yang turut berseloroh agar tidak mendengar kata rakannya (Aunty Rina) kerana dia ingin memenangi pakaian terbaik pada majlis berkenaan.

Ada juga yang berpendapat pakaian yang dipakai ketika majlis tersebut iaitu karakter Mulan adalah lebih cantik dan sesuai serta kelihatan comel.

“Aunty Rina mesti nak menang best kostume tu, jangan dengar cakap dia mama”

“Yang ini lebih baik”

“Comel, aunty memang stylo”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd