Now Reading
[Video] “Good Luck” – Perodua Kelisa Rempuh Kereta Peronda Polis Jadi Perhatian

[Video] “Good Luck” – Perodua Kelisa Rempuh Kereta Peronda Polis Jadi Perhatian

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Perodua Kelisa telah dipandu dengan laju sebelum melanggar kereta MPV polis berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!



Umum mengetahui peraturan jalan raya yang diwujudkan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya insiden kemalangan yang tidak diingini.

Malah hebahan mengenai peraturan undang-undang juga sering kali disiarkan di pelbagai platform media massa termasuklah media sosial.

Namun masih lagi ada segelintir pengguna jalan raya yang memandang enteng sehingga menyebabkan berlaku kemalangan atas kecuaian sendiri.

Kelisa langgar kereta peronda polis

Baru-baru ini, tular satu video insiden memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa yang merempuh kereta peronda (MPV) polis.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan di Facebook, awalnya kelihatan kereta peronda polis sedang melepasi persimpangan jalan di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak sambil membunyikan sirennya.

Kelisa pecut laju sebelum rempuh kereta peronda polis

Kereta peronda itu dipercayai sedang mengiringi trak polis yang berada dibelakangnya. Namun sebaik sahaja kereta peronda berkenaan melintas di hadapan kenderaan pemilik dashcam secara tiba-tiba datang sebuah kereta Kelisa memecut laju di sebelah kirinya.

Tindakan kereta Kelisa itu secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya rempuhan dan pelanggaran dengan bahagian hadapan MPV polis berkenaan.

Bonet kemek dan bumper kereta peronda polis tercabut

Ekoran daripada pelanggaran itu, kelihatan bonet hadapan kereta peronda jenis Honda Civic (ketam) itu remuk dan bumpar tercabut sebelum kereta Kelisa itu berhenti di bahu jalan.

Kereta Kelisa itu pula dilihat mengalami kerosakan di bahagian pintu pemandu. Menerusi video dashcam dipercayai insiden berlaku sekitar jam 8 pagi pada 22 Ogos.

Video memaparkan insiden antara Kelisa dan kereta peronda polis itu turut tular dan menarik perhatian warga X. Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

“Sebab dah biasa buat, selalu lepas hari ni kena”

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2024-08-23-at-12.20.10-PM.jpeg

“Polis pun tak selamat dah”

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2024-08-23-at-12.20.14-PM.jpeg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd