[Video] Cut Intan Nabila Dedah Rakaman Kedua Dipukul Suami Buat Orang Ramai Lagi Berang
Rakaman itu menunjukkan Cut Intan Nabila menjadi mangsa dera suaminya, Armor Toreador sambil dilihat di hadapan anak kecil yang sedang meminum susu botol.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pastinya setiap wanita yang bergelar isteri mengimpikan rumah tangga yang bahagia dengan suami dan anak-anak.
Namun tiada siapa akan menyangka bahawa perilaku pasangan boleh berubah sekelip mata selepas berkahwin lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perbuatan yang mendatangkan kecederaan.
Perkara sama turut dilalui oleh influencer Indonesia iaitu Cut Intan Nabila yang mendedahkan keganasan rumah tangga yang dihadapinya.
Pendedahan tersebut menyebabkan suaminya Armor Toreador kini ditahan.
Influencer Indonesia, Cut Intan Nabila Jadi Mangsa Dera Suami
Terbaharu menerusi Instagram, wanita ini mendedahkan satu lagi video CCTV di dalam rumahnya.
Rakaman itu menunjukkan dirinya yang menjadi mangsa dera suaminya, Armor Toreador sambil dilihat di hadapan anak kecil yang sedang meminum susu botol.
Dalam video yang baru sahaja dimuat naik semalam (22 Ogos), influencer Indonesia itu dilihat telah dipukul beberapa kali oleh suaminya yang duduk di atas badannya.
Armor juga dipercayai telah menekap muka wanita tersebut menggunakan tangan dengan kuat.
Lebih memilukan lagi apabila anak mereka yang berada di atas katil yang sama cuba menghampiri ibunya selepas melihat bagaimana wanita itu telah menjadi mangsa dera Armor.
Cut Intan dalam hantaran itu juga meluahkan rasa berat untuk mendedahkan penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
“Berat sangat, berat sebenarnya harus ceritakan penderitaan selama ini,” katanya di ruangan kapsyen hantaran di Instagram.
Tonton video [DI SINI].
Cut Intan Dedah Dirinya Sudah 5 Tahun Menjadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Sebelum ini, Cut Intan memohon maaf kerana merahsiakan kisah rumah tangganya sejak lima tahun lalu.
Jelas Cut Intan menerusi hantaran di Instagram, dia tidak menceritakan mengenai hal tersebut kepada ahli keluarga mahupun rakan-rakan kerana beranggapan suaminya akan berubah suatu hari nanti.
“Maafkan jika selama lima tahun ini saya selalup menutup diri atas KDRT yang saya alami dari keluarga dan sahabat-sahabat terdekat saya, karna saya selalu bergelut dengan fikiran dan hati saya bahwa dia biasa berubah,” kata Cut Intan.
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram milik rakan kepada Cut Intan, influencer itu yang baru sahaja melahirkan anak ketiga itu dilihat berpelukan dengan ayahnya yang tiba dari Aceh sambil menangis kuat.
Suami Cut Intan Ditahan Pihak Berkuasa
Susulan tular video menunjukkan aksi Armor mendera isterinya, suami kepada influencer tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia pada malam Selasa (13 Ogos) atas tuduhan melakukan keganasan terhadap isterinya.
Armor telah ditahan oleh pihak polis Bogor di sebuah hotel sekitar Kemang, Jakarta Selatan yang menjadi lokasi persembunyiannya.
Sebagai info, Cut Intan dan Armor telah bernikah pada 2019 ketika influencer berkenaan baru sahaja berusia 18 tahun.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.