Now Reading
[Video] YouTuber Hong Kong Pilih Untuk Tinggal Di Malaysia, Akui Kualiti Hidup Lebih Baik Di Sini

[Video] YouTuber Hong Kong Pilih Untuk Tinggal Di Malaysia, Akui Kualiti Hidup Lebih Baik Di Sini

Pasangan YouTuber Miki dan Raymond berpendapat kos untuk mengisi minyak di Malaysia juga lebih murah berbanding di Hong Kong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan utama bagi pengembara dan ekspatriat kerana tarikan budaya dan keharmonian kehidupan di sini.

Selain sektor pelancongan, golongan ini juga melihat Malaysia sebagai negara yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan bagi menyara kehidupan.

Pada tahun 2023, Forbes melaporkan Kuala Lumpur, Malaysia sebagai negara kelapan di dunia untuk ekspatriat dan pengembara yang bekerja di peringkat antarabangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Ranks 8th Globally for Expatriates, According to InterNations

Gambar sekadar hiasan.

YouTuber Hong Kong Pilih Untuk Menetap Di Malaysia Kerana Kualiti Kehidupan Lebih Baik

Menerusi video dimuat naik di laman YouTube oleh seorang YouTuber dengan jumlah 428,000 pengikut, pasangan suami isteri yang berasal dari Hong Kong ini berkongsi pengalaman mereka sebelum mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia.

Pada awalnya sebelum tiba di Malaysia, pasangan Miki dan Raymond ini mempunyai tanggapan bahawa negara ini agak mundur.

Namun semua itu berubah selepas mereka menetap di sini. Bukan itu sahaja, mereka turut mengakui kos sara hidup di Malaysia jauh lebih rendah berbanding di Hong Kong.

Mereka yang telah menetap di Pulau Pinang lebih daripada satu tahun itu tidak menyangka kualiti kehidupan di Malaysia adalah lebih baik dari negara asal.

Sumber: Instagram @mikiandray

Jelas Raymond, harga sewa rumah di Hong Kong dengan keluasan sekitar 600 kaki persegi adalah RM10,395 (HKD 18,500).

“Kami menyewa di Pulau Pinang dengan rumah seluas 4,800 kaki persegi ia hanya berharga RM2,000 hingga RM4,000. Rumah kami dianggap rumah yang mewah kerana memiliki tiga kotak parkir,” kata Raymond.

Selain itu, mereka turut membandingkan harga minyak dan kos menyelenggara kenderaan yang katanya lebih murah di Malaysia.

Sumber: Pexels

Menurut YouTuber berkenaan, kos untuk mengisi minyak kereta di Hong Kong berada dalam lingkungan RM5,606 (HKD10,000) untuk tempoh satu bulan, namun di Malaysia hanya menelan belanja sekitar RM100 sahaja.

“Kami hanya membelanjakan RM100 untuk mengisi minyak di sini (Malaysia). Untuk cucian kereta pula, baru RM13. Kalau di Hong Kong, anggaran RM560 untuk isi minyak (sekali isi),” kata Raymond.


YouTuber Ajak Masyarakat Luar Negara Untuk Merasai Pengalaman Tinggal Di Malaysia

Selepas melihat kehidupan mereka yang lebih baik di Malaysia, pasangan ini mengajak masyarkat luar negara untuk merasai pengalaman tinggal di negara ini.

“Ramai yang salah anggap tentang Malaysia. Jangan dengar cakap orang. Anda perlu datang sendiri untuk merasai pengalaman seperti kami,” kata Miki.

Selain itu, Miki turut memberitahu bahawa pelbagai lokasi menarik hanya beberapa jam dari Pulau Pinang. Antaranya Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Taiping, Ipoh dan Melaka.

Kepada anda yang mahu menonton video penuh mereka berkongsi pengalaman tinggal di Malaysia, boleh klik video di bawah.


YouTuber Negara Lain Juga Tertarik Tinggal Di Malaysia

Sebelum ini, pasangan YouTuber dari Jepun dikenali sebagai iChang dan pasangannya Jimmy pernah memuat naik video sedih kerana terpaksa meninggalkan negara Malaysia yang menjadi kegemaran mereka.

Difahamkan, visa pelancong mereka berdua telah tamat dan mereka perlu kembali semula ke Jepun selepas 180 hari menetap di Malaysia.

Namun selepas diberi ‘DE Rantau Nomad Pass’ oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), mereka tidak perlu lagi untuk pulang ke Jepun setiap 90 hari berikutan tempoh visa pelancong yang hampir tamat.

Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Buat Konten ‘Promote’ Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd