Now Reading
[Video] Tak Perlu Tundukkan Kepala Sebelum Beri Salam, Hanya Amalan Ikutan

[Video] Tak Perlu Tundukkan Kepala Sebelum Beri Salam, Hanya Amalan Ikutan

Masih ramai di kalangan Muslim yang mengamalkan perbuatan menundukkan kepala selepas selesai tahiyat akhir dan sebelum memberi salam sewaktu solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar Muslim, menunaikan solat fardu lima kali sehari merupakan rukun Islam ke-2 yang wajib dilaksanakan.

Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk anda mengetahui setiap rukun sah solat bagi memastikan ibadah anda sempurna.

Pun begitu, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang masih melakukan perbuatan yang tidak menjadi satu tuntutan dalam solat.


Perbuatan Tunduk Kepala Ketika Beri Salam Jadi Ikutan Orang Awam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@masjidbspofficial) menyaksikan beberapa orang lelaki sedang melakukan satu sketsa iaitu seseorang yang sedang mengerjakan solat di dalam masjid.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki berada pada rakaat terakhir solatnya dan sedang melakukan rukun solat yang ke-12 iaitu memberi salam. Lelaki yang memakai baju jingga itu dilihat menundukkan kepalanya sebelum memalingkan muka ke sebelah kanan dan juga sebelah kiri.

Melihat kepada situasi itu, seorang individu bertanya kepada seorang ustaz tentang hukum menundukkan kepala semasa memberi salam.

Tanya individu tersebut, “Ustaz, perbuatan tunduk kepala sebelum bagi salam, adakah ia dituntut dalam solat?”


Ia Tiada Sandaran, Apa Yang Penting Palingkan Muka Sehabis Boleh

Jelas ustaz, perbuatan itu adalah amalan orang awam tanpa sandaran atau dalil.

“Mungkin masyarakat kita yang terdahulu buat dan jadi ikutan generasi seterusnya. Dalam rukun fi’li solat, tiada pun suruhan untuk tunduk dahulu sebelum salam.

“Dan jangan pusing (kepala) sikit je. Yang Nabi SAW ajarkan kita adalah ketika sebut assalamualaikum warahmatullah, terus pusing ke kanan sampai jemaah belakang boleh nampak pipi kanan.

“Kemudian sebut juga bacaan salam dan pusing sampai orang belakang nampak pipi kiri kita,” ujar ustaz itu.

Tambah ustaz, perbuatan tersebut (menundukkan kepala) boleh membuatkan solat seseorang batal jika sudah melebihi had pergerakan seseorang iaitu sebanyak tiga kali.

@masjidbspofficial #tundukkepala #salam #rukunsolat #masjidbandarseriputra #jepun ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Bidaah Sia-sia – Ustaz Azhar Idrus

Menerusi carian kami, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah mengulas tentang isu ini menerusi satu tazkirah sebelum ini.

Menurut beliau, menundukkan kepala semasa solat bukannya ajaran atau tuntutan dalam mana-mana mazhab. Perbuatan tersebut tidak membatalkan wuduk atau haram di sisi syarak, tetapi ia adalah bidaah yang sia-sia dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: Hati-Hati Ketika Lafazkan Takbiratul Ihram, Solat Akan Batal Jika Salah Sebut

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat

Baca Artikel Berkaitan: Telan Kahak Boleh Batalkan Solat? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd