[Video] Penghibur Jalanan Di Georgia Mainkan Lagu ‘Negaraku’ Guna Akordion Raih Perhatian
Seorang pengembara wanita dikenali sebagai Nourain telah menyumbangkan $20 (RM87.34) sebaik penghibur jalanan itu selesai memainkan lagu ‘Negaraku’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai seorang rakyat Malaysia, pasti setiap daripada kita hafal melodi dan lirik lagu kebangsaan iaitu ‘Negaraku’.
Bagi menunjukkan rasa hormat pada lagu tersebut, orang ramai yang sedang mendengar lagu itu dimainkan haruslah berdiri tegak dan menyanyikannya.
Namun sebagai rakyat Malaysia, kita pasti akan lebih teruja sekiranya lagu tersebut dimainkan di luar negara oleh orang luar sekaligus membuktikan ia dikenali tidak hanya di Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terharu Lihat Pengunjung IOI City Mall Diri Tegak Ketika Lagu ‘Negaraku’ Dimainkan Tiba-tiba
Penghibur Jalanan Di Georgia Mainkan Lagu ‘Negaraku’
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pengembara wanita dikenali sebagai Nourain (@habibinourainalis) berkongsi suasana di negara barat, Georgia.
Apabila sedang bersiar-siar di ibu kota Tbilisi, kelihatan seorang penghibur jalanan lelaki sedang bermain alat muzik akordion bagi menghiburkan pelancong-pelancong di sana.
Sewaktu Nourain menghampiri, lelaki itu kemudian bertanya sama ada wanita tersebut berasal dari Malaysia. Penghibur jalanan tersebut seolah-olah dapat mengagak Nourain dari Malaysia, mungkin sebab pemakaian dan paras rupanya?
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan kemudian secara spontan bermain akordion dengan lagu kebangsaan Malaysia iaitu ‘Negaraku’ dari awal sehinggalah akhir. Siapa sangka, orang barat itu juga mengenali lagu keramat ini.
“Negaraku berkumandang di Georgia,” katanya menerusi video.
Oleh disebabkan persembahan hebat oleh lelaki itu, Nourain telah menyumbangkan sebanyak $20 (RM87.34).
@habibinourainalis Teruja Bila negara Ku di Mainkan di Georgia #lagunegaraku_malaysia #lagunegaraku #cheapestdestination #traveltips #habibinourainalisyaki #sahabatbosskay #malaysiantraveller ♬ original sound – HABIBI NOURAIN ALISYAKI
Asal Usul Lagu Negaraku
Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia memutuskan bahawa sebuah lagu kebangsaan perlu dicipta sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Ketika itu, satu jawatankuasa dipengerusikan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu kebesaran negeri sedia ada bagi memilih lagu yang sesuai dijadikan lagu kebangsaan.
Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak disifatkan sebagai lagu paling sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. Pada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran negeri Perak ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ telah dipilih menjadi lagu kebangsaan kerana dikatakan mempunyai unsur kemelayuan.
Tajuk dan seni kata lagu kebangsaan kemudiannya perlu ditambah baik. Susulan itu, kerajaan telah menawarkan RM1,000 kepada penggubah untuk mencipta seni kata lagu kebangsaan di mana ia telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’.
Melodi lagu Negaraku sebelum ini pernah mencuri perhatian kerana mirip lagu ‘Terang Bulan’ dan muzik Hawaii tradisional ‘Mamula Moon’ yang disadur dari La Rosalie gubahan komposer Perancis. Justeru, tidak mustahil melodinya senang diingati oleh orang luar.
Ramai Rakyat Malaysia Bangga Negaraku Meluas Ke Negara Barat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa teruja apabila lagu kebanggaan negara dikenali ramai.
“Hebat Malaysia di mata dunia walaupun negara kita kecil tapi dikenali ramai. Bangga jadi rakyat Malaysia,” kata seorang individu.
Malah ada juga segelintir individu berterima kasih pada si penghibur jalanan kerana sudi memainkan lagu Negaraku.
“Terima kasih sahabat kerana mainkan lagu Negaraku. Kami sayang Georgia,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada individu yang berkata penduduk di Georgia adalah baik hati.
Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Laju & Upbeat” – Netizen Throwback Lagu Negaraku Versi Lama
Baca Artikel Berkaitan: Netizens Are Feeling Goosebumps From This Viral Video Of Malaysians Standing In Attention For Negaraku
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram