[Video] Motosikal Parkir Di Petak OKU Hingga Halang Wanita Tolak ‘Wheelchair’ Undang Kecaman
Menerusi video tular, kelihatan wanita tersebut cuba untuk mengalihkan motosikal yang menghalang laluannya, namun tidak berjaya dipercayai kerana terlalu berat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ditafsirkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan fizikal, mental, intelektual atau deria apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan dan manusia.
Oleh disebabkan itu, pelbagai fasiliti disediakan oleh pihak berkuasa agar urusan mereka dipermudahkan sebagai contoh laluan ‘Guiding Block’ untuk orang buta, tandas mesra kerusi roda, parkir kenderaan khas dan banyak lagi.
Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang menyalahgunakan fasiliti buat golongan OKU ini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU
Banyak Motosikal Parkir Di Petak Khas OKU
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan keadaan tempat parkir kereta buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disalah guna oleh beberapa penunggang motosikal.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang pemandu wanita tidak dapat meletakkan kenderaannya dengan baik kerana motosikal-motosikal tersebut diletakkan di petak parkir OKU.
Oleh disebabkan itu, dia terpaksa memarkir kereta secara menyenget dan tidak dapat memasuki petak khas yang disediakan.
Wanita Tak Dapat Tolak Kerusi Roda Kerana Motosikal Menghalang
Dia kemudian mengeluarkan sebuah kerusi roda daripada kereta untuk membawa seorang penumpang dipercayai ahli keluarganya. Namun disebabkan terdapat sebuah lagi motosikal di sebelahnya, laluan wanita tersebut terhalang hingga menyukarkannya.
Cubaannya untuk mengalihkan motosikal itu bagaimanapun tidak berjaya berkemungkinan akibat terlalu berat.
“Kenapa ya zaman sekarang ni. Banyak orang pentingkan diri sendiri. Tak peka dengan keadaan sekeliling. Parking OKU tapi yang bukan OKU letak kenderaan. Satu lagi, lelaki dekat situ hanya ‘lelaki’ pada IC (kad pengenalan) saja ke?” tanya pemilik video dikenali sebagai Hasnor.
Dua Individu Tolong Wanita Alihkan Motosikal
Dalam perkongsian seterusnya, wanita tersebut dilihat berjaya melepasi laluan itu selepas dua orang individu yang berada di tempat kejadian tampil membantunya bagi mengalihkan motosikal berkenaan.
“Alhamdulillah adik dua orang tu tolong alihkan motor tu. Kalau adik ada dalam ni (tengok video di TikTok), terima kasih sebab dah jadi orang yang baik. Terima kasih sebab masih ada sifat kasih dan sayang,” ujar Hasnor.
Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).
Ramai Kritik Tindakan Penunggang Motosikal Letak Kenderaan Di Petak Parkir OKU
Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata orang ramai kecewa dengan tindakan pemilik motosikal yang bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak cakna tentang keadaan sekeliling.
“Apa yang lebih sedih daripada tengok orang kelainan upaya? Ramai orang sekarang otak dan akalnya kurang upaya, sampai menyusahkan golongan OKU,” ujar seorang lelaki.
Ada individu yang mendakwa kebanyakan penunggang motosikal selalu meletakkan kenderaannya sesuka hati di merata tempat walaupun sudah ditegur.
“Kebanyakan yang bawa motosikal memang ikut suka hati je parking. Ada sekali aku tengah nak masuk parking dia orang boleh masuk parkir, lepas tu jalan buat b*doh. Bukan sekali, berkali-kali. Bila suruh ubah (kedudukan parkir) boleh dia sound kita balik,” kata seorang individu.
Sementara itu, ramai pengguna X dilihat bersimpati dengan nasib golongan OKU yang mana kemudahan mereka sering disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Sejenis tak fikir panjang sebelum parking dekat petak OKU. Kasihan pada yang betul-betul OKU,” jelas seorang wanita.
Ramai juga menyarankan individu terlibat untuk menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agar mana-mana kenderaan tidak sepatutnya yang diletakkan pada petak parkir OKU boleh ditunda.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU
Baca Artikel Berkaitan: Bengang Kereta Dikunci Kerana Parkir Tempat OKU, Lelaki Ini Tak Puas Hati Dakwa Ada Kecemasan [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram