Now Reading
“Simple & Padat” – Lelaki Dipuji Lepas Perjelas Nilai Kehormatan Wanita Dalam Islam Kepada Pelancong Asing

“Simple & Padat” – Lelaki Dipuji Lepas Perjelas Nilai Kehormatan Wanita Dalam Islam Kepada Pelancong Asing

Lelaki dikenali sebagai Azim itu berkata kepada pasangan pelancong asing bahawa golongan Adam tidak boleh bersalaman dengan kaum Hawa melainkan mereka adalah keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. 

Oleh disebabkan itu, pelbagai jenis dakwah sudah dilakukan daripada zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah ke hari ini. Terdapatnya sesi tazkirah, dakwah menerusi media seperti radio dan rancangan televisyen serta berdakwah secara bersemuka.

Pun begitu, bukan semua di kalangan Muslim dapat menyampaikan dakwah dengan baik. Ada segelintir golongan Muslim tidak sedar mereka menggunakan ayat yang kurang sesuai sehingga membuatkan orang bukan Islam tersinggung.


Lelaki Terangkan Kepada Pasangan Suami Isteri Tentang Kehormatan Wanita

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Azim (@azimstreetdakwah) dari badan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) sedang melakukan aktiviti dakwah sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan pasangan suami isteri pelancong asing dilihat mengunjungi ‘booth’ Azim dipercayai untuk belajar dan bertanyakan sedikit soalan berkaitan dengan agama Islam.

Dalam klip berkenaan, kelihatan suami dikenali sebagai Bob bersalaman dengan Azim. Sejuru selepas itu, isterinya, Amy pula menghulurkan tangan dengan niat untuk berjabat tangan dengan Azim.

Azim kemudiannya menolak salaman tangan Amy secara sopan iaitu dengan meminta maaf dan menundukkan kepalanya.

Sumber: TikTok (@azimstreetdakwah)

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Azim berkata perbuatan itu dilakukan bagi menunjukkan rasa hormatnya terhadap golongan wanita. Bob kemudian bertanya adakah lelaki Islam tidak dibenarkan menyentuh mana-mana wanita?

Menjawab kepada persoalan itu Azim berkata, “Ya, melainkan dia adalah isteri saya. Tetapi (tidak) apabila kamu tiada kaitan dari segi kekeluargaan atau darah daging.

“Itulah caranya bagaimana kami menghormati para wanita. Jadi kami tidak mahu wanita dijadikan sebagai harta awam tetapi ia lebih kepada harta persendirian untuk suaminya.”


‘Harta Persendirian’ Adalah Analogi Merujuk Kepada Kehormatan Terhadap Wanita

Azim dalam masa sama menegaskan harta persendirian yang dimaksudkan olehnya adalah satu bentuk analogi agar mereka lebih mudah faham.

“Walaupun saya kata harta persendirian ibarat seperti wanita adalah barang. Tidak! Saya tak katakan wanita seperti barang tetapi itu analogi hanya untuk buat kita faham apabila kita sebut harta persendirian, tiada siapa boleh campur tangan dan sentuh sesuka hati. Begitulah pandangan Islam terhadap wanita,” jelas Azim.

@azimstreetdakwah Women is not a public property? A married couple came to our dawah booth at Bukit Bintang KL and asked several questions about Islam. While we are discussing on their question, something happen that shocked me. #islam #muslim #christianity #dakwah #property #women #azimstreetdakwah #streetdawah #tiktok #malaysia #USA #fyp ♬ original sound – Azim |Street Dakwah Experience

Isteri Berhak Tolak Arahan Suami Jika Bertentangan Dengan Ajaran Islam

Tertarik dengan perbahasan Azim, Bob kemudian bertanya adakah Azim akan berjabat tangan dengan Amy sekiranya mendapat kebenaran daripadanya?

Azim menjelaskan bahawa dia tetap tidak akan menyentuh Amy berdasarkan hukum-hakam ditetapkan syarak.

“Jika seorang suami menyuruh isterinya lakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam, maka sebagai seorang isteri dia mempunyai hak untuk menentang arahan pasangannya. Ia tidak dikira sebagai berdosa,” tambah Azim.


Ramai Puji Azim Kerana Beri Penjelasan Yang Mudah Difahami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji Azim kerana berdakwah dengan cara yang lembut dan mudah difahami ramai.

“Alhamdulillah, jelas dan nyata itulah ajaran Islam yang sebenar,” ujar seorang warganet.

Malah, ramai juga berpendapat Azim menghormati golongan bukan Muslim semasa berdakwah tentang Islam.

“Insan-insan hebat. Penyampaian dakwah yang jelas, dipenuhi adab dan menghormati orang bukan Muslim. Kedua pihak saling menghormati, respect,” kata seorang individu.

Sementara itu, ramai juga berharap agar Azim meneruskan aktviti dakwahnya dengan giat selepas ini.

Sumber: TikTok (@azimstreetdakwah)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Alhamdulilah, Saya Islam” – Kevin Zahri Kongsi Kisah Agama, Pernah Masuk Gereja & Baca Bible

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: “Selamat Jadi Seorang Muslim” – Atuk 89 Tahun Terima Hidayah Peluk Agama Islam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd