“Sampai 20 Ribu Tontonan!” – Lelaki Anjur Race Siput Sedut Di TikTok Live Buat Ramai Terhibur
Lebih menghiburkan setiap siput sedut yang ‘bertanding’ itu diberikan nama dan mewakili negeri-negeri di Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu pasti ada cara mereka sendiri untuk menghabiskan masa terluang. Ada yang melakukan hobi-hobi seperti bersukan, membaca buku, memasak, mendaki dan sebagainya. Tetapi ada juga yang mencipta hobi yang lain daripada lain.
Seperti awal tahun 2021 yang lalu, tular di media sosial tentang trend ‘menternak babi air’. Untuk pengetahuan anda, babi air ini merupakan gel penyejuk Koolfever yang telah direndam dalam air sehingga kembang.
Walaupun teksturnya agak lembik, tetapi ramai yang terhibur selain berseronok bermain dengan babi air itu.
Baca Artikel Berkaitan: Borong 1000 ‘Babi Air’ Demi Content, YouTuber Ini Akhirnya Mohon Maaf
Lelaki Buat Live TikTok, Anjur Perlumbaan Siput Sedut
Hobi unik tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, tular pula satu trend baru.
Di laman TikTok seorang lelaki dikenali sebagai Ash (@tansri_ash) melakukan satu aktiviti yang agak luar biasa.
Kebiasaannya, kita dapat lihat manusia sahaja menyertai perlumbaan lumba lari tetapi kali ini anda boleh melihat siput sedut pula. Ya, siput sedut!
@tansri_ash ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?#siputsedutrace #tansriash #fypシツ #fyp ♬ Epic Inspiration – DM Production
Difahamkan, Ash akan membuat live di TikTok pada waktu-waktu tertentu dan mengajak orang ramai untuk menonton ‘race’ tersebut.
Menerusi semakan kami, Ash pada awalnya melakukan perlumbaan siput sedut itu menggunakan penutup periuk sahaja. Siput-siput berkenaan perlu melepasi garisan penamat bagi menentukan pemenang.
Namun mungkin disebabkan sambutan hangat orang ramai, dia telah menaik taraf set perlumbaan itu menggunakan polisterin panjang berserta garisan bagi setiap ‘pelumba’.
@tansri_ash Atlet kita dah penat teruk geng🤣🤣..tidoq tak ingat apa dah ni #tansriash #fypシツ #siputsedutlemakciliapi #trend ♬ original sound – Tansri_ash
Siput Mewakili Negeri-negeri Di Malaysia
Setiap siput yang menyertai perlumbaan itu pula diberi gelaran nama berserta nama negeri di Malaysia. Dalam erti kata mudah, siput berkenaan sedang mewakili setiap negeri, negeri manakah yang paling laju.
Ada Acap daripada Kedah, Ila dari Pahang, Fateh dari Penang, Danial Selangor, Ariff Sarawak dan banyak lagi.
Walaupun kedengaran agak pelik, aktiviti ini telah mendapat perhatian ramai sehinggakan Ash tidak jemu membuat live. Carian kami setakat artikel ini ditulis mendapati jumlah tontonan live itu telah mencecah 20 ribu tontonan!
@tansri_ash #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #siputsedutrace #tansriash #fypシツ ♬ original sound – Tansri_ash
Ramai Terhibur Selain Seronok Tonton Perlumbaan Siput
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terhibur dengan idea kreatif Ash dalam menganjurkan perlumbaan siput sedut.
“Dia ingat animasi Turbo tu ke, siput tiba-tiba boleh jadi laju,” ujar seorang wanita.
Malah, ramai yang berkata mereka sanggup menunggu siput yang lembab itu melepasi garisan penamat walaupun dalam tempoh masa yang lama.
“Tulah dengan aku-aku sekali terjebak (dengan perlumbaan siput sedut). Anak nak susu aku suruh join tengok siput race,” kata seorang ibu.
Sementara itu, ada yang berjenaka dengan mengatakan Ash sudah mendapat tajaan untuk menaik taraf papan lumba.
“Dah upgrade stadium! Kelmarin atas penutup periuk je. Laju betul dapat sponsor,” jelas seorang pengguna TikTok.









Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram