“Biar Betul?” – Durian Disenaraikan Sebagai Buah Kebangsaan Singapura Buat Rakyat Malaysia Bingung
Buah kebangsaan Malaysia pula adalah betik atau durian, seperti mana yang disenaraikan di laman Facebook ASEAN Skyline.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rata-rata masyarakat pasti akan teruja setiap kali tibanya musim durian. Pergi ke mana-mana sahaja mesti ramai peniaga yang membuka gerai menjual buah ini.
Selain boleh dimakan begitu sahaja, buah durian ini juga boleh dijadikan pengat, nasi durian, tempoyak, durian crepe, aiskrim dan sebagainya.
Disebabkan ‘Raja Buah’ ini begitu popular dan mudah didapati di Malaysia, mesti ramai yang ingat bahawa durian adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia. Sebenarnya, ada juga yang lain ya!
Durian Adalah Buah Kebangsaan Bagi Negara Singapura & Indonesia
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook ASEAN Skyline, durian dikategorikan sebagai buah kebangsaan bagi negara Singapura dan Indonesia.
Dalam senarai yang sama, Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu negara yang memiliki durian sebagai buah kebangsaan tetapi turut disertai dengan buah betik.
Dalam senarai tersebut, berikut adalah buah kebangsaan mengikut negara di Asia Tenggara:
- Thailand: Manggis
- Myanmar: Belimbing
- Filipina: Mangga
- Kemboja: Pisang emas
- Vietnam: Buah naga
- Indonesia: Durian
- Singapura: Durian
- Malaysia: Durian atau betik
‘Biar betul?’ pastinya ungkapan pertama yang keluar dari mulut korang selepas membaca fakta ini kan? Sama lah seperti kami.
Berdasarkan carian di Google, buah betik adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia dan ia boleh berbuah pada sepanjang tahun.
Namun sejauh mana kebenarannya, kami juga tidak pasti.
Orang Ramai Persoal Buah Kebangsaan Singapura Itu
Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi dari masyarakat dan rata-ratanya mempersoalkan tentang buah kebangsaan yang disenaraikan bagi negara Singapura.
Mereka tertanya-tanya di mana penduduk Singapura menanam durian kerana mendakwa tidak pernah nampak kebun durian di negara republik tersebut.
“Sebatang pokok durian pun tak ada nampak kat Singapura, macam mana boleh jadi buah kebangsaan?” soal netizen.
Siap ada yang bergurau kononnya masyarakat di sana menanam durian di dalam rumah.
“Singapura tanam pokok durian celah mana? Kat balkoni apartment ke?” ujar seorang pengguna Facebook.
Pada masa yang sama, sesetengah rakyat Malaysia pula mengambil peluang untuk mempromosikan Malaysia yang mempunyai kesemua jenis buah tersebut di pasaran.
“Cakap je, buah durian, mangga, rambutan, betik, manggis semuanya ada di kampung kami di Malaysia,” kata pengguna media sosial.
Walaupun senarai buah kebangsaan itu dispesifikasi untuk negara tertentu, tetapi kesemua buah tersebut seperti manggis, mangga, betik, durian, belimbing dan sebagainya boleh didapatkan dengan mudah di Malaysia.
Terletak berhampiran garisan khatulistiwa, iklim tropika di Malaysia yang memiliki taburan hujan sepanjang tahun memberikan tanah dan suhu yang sempurna untuk membolehkan buah-buahan tumbuh dengan banyak.
Untung betul jadi rakyat Malaysia kan?
Baca Artikel Berkaitan: Durian Kampung, IOI, Udang Merah & 7 Lagi Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.