2 Lelaki Kena Marah, Disyaki Lepas ‘Hajat’ Di Tepi Longkang Buat Ramai Nak Termuntah
Pemilik video sedang memarahi dua orang lelaki didakwa warga asing kerana disyaki membuang air besar di kawasan longkang besar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak kiralah anda berada di mana-mana sekalipun, penjagaan kebersihan perlu diambil berat kerana ia boleh memberi kesan kepada masyarakat di kawasan persekitaran.
Sebagai contoh, wujud sesetengah ragam manusia yang tidak menekan butang ‘flush’ selepas menggunakan tandas.
Lebih teruk lagi adalah apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan dilihat sengaja melepaskan ‘hajat’ di kawasan terbuka tanpa rasa malu.
Penduduk Perumahan Mengamuk Dua Individu Didakwa Buang Air Besar Tepi Longkang
Menerusi hantaran dimuat naik semula di laman X (@IniAlalalannn), seorang individu dipercayai penduduk di sebuah kawasan perumahan di sekitar lokasi tersebut mengesan satu aksi menjijikkan berlaku.
Dalam video berkenaan, pemilik video sedang memarahi dua orang lelaki didakwa warga asing kerana disyaki membuang air besar di kawasan longkang besar.
Ketika ditanya mengapa longkang itu menjadi lokasi mereka melepaskan ‘hajat’, tiada respon yang diberikan.
Lebih menjijikkan lagi, jelas kelihatan ketulan najis mereka yang terapung di dalam longkang berhampiran tumbuhan daun pegaga pada longkang berkenaan.
Difahamkan, mereka juga merupakan pekerja di kawasan pembinaan rumah di lokasi berhampiran.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi Yang Berlaku
Pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai selepas menonton video tersebut dengan rata-ratanya meluahkan rasa geli sehingga berasa loya melihat najis yang terapung itu.
“Aku punya la bersungguh zoom mata nak tengok, ingatkan binatang apa. Najis orang rupanya,” ujar seorang pengguna X.
Siap ada yang pada mulanya menyangka ia adalah ikan emas sebelum menyedari perkara sebenar.
Walau bagaimanapun, beberapa individu berpendapat pihak yang sepatutnya dimarahi adalah pengurusan di kawasan pembinaan kerana tidak menyediakan tandas yang baik untuk pekerja.
“Situ kawasan construction. Patut kau marah kat management yang handle sebab tak sediakan tandas yang elok untuk mereka guna. Kalau tak guna tandas disediakan, takkan mereka nak buang air besar di rumah orang pula,” kata seorang netizen.
Selain itu, segelintir individu pula berpendapat mungkin saluran tandas di kawasan pembinaan mengalir ke longkang tersebut dan menafikan kononnya dua orang lelaki itu membuang air besar di sana.
Kes seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia.
Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana seorang pelancong dari China yang selamba membuang air besar di tengah jalan dipercayai di belakang sebuah homestay yang terletak di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang.
Baca Artikel Berkaitan: “Pengotor Betul” – Netizen Geram Pelancong Wanita Selamba Buang Air Besar Di Perkarangan Homestay
Selain itu, satu lagi kejadian hampir sama berlaku di mana seorang wanita Malaysia yang dipercayai membuang air kecil di tempat parkir kereta.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Selamba Kencing Di Parkir, Guna Pintu Jadi Penghadang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.