Now Reading
“Sampai Kena Masuk Wad” – Lelaki Kongsi Kisah Si Abang Digigit Kucing Peliharaan

“Sampai Kena Masuk Wad” – Lelaki Kongsi Kisah Si Abang Digigit Kucing Peliharaan

Menurut pemilik kucing berbaka British Shorthair dikenali sebagai Ikhwan, si bulus berkemungkinan tidak mengenali abangnya sehinggakan menggigit bahagian lengan tangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah, sudah tentu anda bersetuju haiwan ini mempunyai ragamnya tersendiri.

Walaupun kebanyakan haiwan peliharaaan adalah jinak, tetapi ada waktunya ia akan bersikap agresif. Malah, tingkah laku mereka ini boleh bertukar sekiranya mereka mengalami stres.

Stres itu pula boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor sebagai contoh, perubahan rutin, pindah rumah, pergi ke klinik, persekitaran yang bising, terdapat haiwan lain di sekelilingnya dan banyak lagi.


Lelaki Digigit Oleh Kucing Sehingga Tinggalkan Beberapa Kesan Lubang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ikhwan berkongsi satu situasi ngeri yang berlaku kepada abangnya.

Jelas Ikhwan, si abang telah digigit oleh kucing peliharaan Ikhwan. Menurut lelaki itu, si bulus yang berbaka British Shorthair berkemungkinan tidak mengenali abangnya atau kucing tersebut tidak dikendalikan dengan baik sehinggakan bahagian tangan digigit.

Ini menyebabkan abangnya perlu mendapatkan rawatan dan doktor terpaksa mencuci bahagian yang digigit.

“Dia gigit agak dalam. Sampai berlubang dan kena masuk wad buang air bisa. Kasihan tak pasal-pasal,” ujarnya menerusi ciapan.

Menerusi satu ciapan balas, Ikhwan menjelaskan doktor terpaksa menebuk bekas luka tersebut bagi memberhentikan darah yang tidak berhenti mengalir.


Si Bulus Diletakkan Dalam Sangkar Buat Sementara Waktu

Berbicara tentang kucingnya, Ikhwan terpaksa meletakkan si bulus dalam sangkar buat sementara waktu.

“Sebab dia nakal sangat gigit orang sampai kena masuk hospital, terpaksalah grounded dia dalam sangkar, tak bebas dah buat sementara waktu. Masalahnya dengan aku dia molek je,” tambah lelaki itu lagi.

Sumber: X (@JatIkhwan)

Tambah Ikhwan, dia cakna bahawa sebarang gigitan atau cakaran dari mana-mana haiwan adalah berbahaya. Tetapi dia tidak menyangka ia akan membawa padah seperti itu sekali.

Ikhwan dalam masa sama turut berkongsi keadaan abangnya sekarang. Jelasnya, si abang sedang menunggu sesi pembedahan seterusnya kerana gigitan kucing tersebut telah terkena pada bahagian urat nadi.


Ramai Seriau Lihat Kesan Gigitan Kucing Yang Dalam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa ngeri melihat keadaan luka di tangan yang begitu teruk selain meluahkan rasa bimbang.

“Bahaya tu, (kena jangkitan) kuman nanti. Macam adik saya kena gigit dan cakar. Habis rosak tangan dia. Tinggal parut merebak sampai siku. Ambil masa 7 bulan nak sembuh,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman mereka berdepan kucing yang agresif.

“Kes sama. Adik saya pun sampai berlubang tangan dia kena dengan si oyen,” ujar seorang pengguna X.

Sumber: X (@JatIkhwan)

Apa Perlu Buat Jika Digigit Atau Dicakar Kucing?

Secara umumnya, kucing baka British Shorthair bersifat tenang dan tidak agresif terhadap manusia atau haiwan lain. Pun begitu, perlu diingatkan bahawa setiap jenis haiwan mempunyai perwatakannya tersendiri dan tingkah laku boleh berubah mengikut persekitaran.

Sumber: Pexels

Kalau anda nak tahu, cakaran atau gigitan kucing boleh menyebabkan penyakit dikenali sebagai ‘Cat-scratch Disease’ (CSD).

Sekiranya anda diserang oleh kucing, ini perkara yang perlu dilakukan:

  • Membasuh luka menggunakan air dan sabun.
  • Sekiranya mengalami pendarahan, letakkan tekanan pada kawasan luka tersebut dengan kain atau kapas yang bersih.
  • Segera dapatkan bantuan doktor di klinik atau hospital jika darah masih tidak berhenti.

Ada juga kes di mana doktor akan memberikan suntikan Tetanus dan ubat antibiotik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Rupanya Cara Untuk Hilangkan Gam Pada Bulu Kucing. Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd