[Video] Ramai Terharu Lihat Pengunjung IOI City Mall Diri Tegak Ketika Lagu ‘Negaraku’ Dimainkan Tiba-tiba
Pihak pusat membeli-belah IOI City Mall telah melakukan satu eksperimen sosial bagi melihat respon rakyat Malaysia ketika lagu kebangsaan dipasang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui lagu Negaraku adalah lagu kebangsaan Malaysia. Lagu berkenaan menekankan taat setia, perpaduan rakyat dan kemajuan negara.
Untuk info, lagu asal Negaraku datang daripada lagu kebesaran negeri Perak ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang telah digubah dan ditambah baik. Manakala liriknya dihasilkan oleh Saiful Bahri (Surya Buana).
Lagu ini bukan sahaja dimainkan sewaktu Hari Kebangsaan Malaysia sahaja, malah ia sering dipasang ketika sebuah majlis rasmi berlangsung, di sekolah, di pejabat kerajaan dan banyak lagi.
IOI City Mall Pasang Lagu ‘Negaraku’ Untuk Eksperimen Sosial
Namun baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan satu eksperimen sosial dilakukan di pusat membeli-belah IOI City Mall.
Menurut pengendali akaun pusat beli-belah itu, pihaknya telah melakukan eksperimen sosial dengan memainkan lagu ‘Negaraku’ untuk melihat tindakan dan respon pengunjung di sana.
Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai tidak kira golongan muda dan dewasa dengan penuh berdisiplin berdiri tegak di tempat masing-masing sebaik lagu dimainkan.
Pengunjung Diri Tegak, Siap Ada Yang Ikut Menyanyi Sekali
Pada awalnya, majoriti daripada mereka dilihat terkejut sebaik speaker membunyikan lagu Negaraku secara tiba-tiba. Namun, badan mereka automatik berdiri sejurus lagu itu dipasang sebagai tanda menghormati lagu itu.
Semangat patriotisme jelas kelihatan dalam kalangan segelintir pengunjung yang turut sama menyanyi lagu negara tercinta dengan lantang. Pelanggan yang berada di dalam restoran juga tidak terlepas daripada berdiri tegak meskipun ada yang sedang menjamu selera.
@ioicitymallmy Tell us you're Malaysian, without telling us you're Malaysian (Part 2) 🇲🇾 A social experiment in IOI City Mall. #socialexperiment #Merdeka #HariMalaysia #malaysians #fyp #ioicitymall ♬ original sound – IOI City Mall
Individu Tak Hormat Lagu Negaraku Boleh Dipenjara
Untuk pengetahuan semua, individu boleh dikenakan hukuman sekiranya tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika lagu Negaraku berkumandang.
Jika disabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara selama sebulan serta denda maksimum RM100.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara apalah salahnya kita turut sama menyanyikan lagu keramat bersempena dengan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Ramai Terharu Lihat Rakyat Malaysia Hormati Lagu Negaraku
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berpendapat lagu Negaraku ini mempunyai ‘aura’ tersendiri membuatkan orang ramai secara tidak langsung akan berdiri sewaktu mendengarnya.
“Lagu lain tak boleh lawan lagu ni. Lagu Negaraku ni kalau pasang semua orang automatik berdiri tegak dan tidak berganjak ke mana-mana,” ujar individu itu.
Malah, situasi pengunjung yang menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan membuatkan orang ramai rasa terharu.
“Rasa meremang lihat (situasi) ni. Bangga jadi rakyat Malaysia,” kata seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Laju & Upbeat” – Netizen Throwback Lagu Negaraku Versi Lama
Baca Artikel Berkaitan: Netizens Are Feeling Goosebumps From This Viral Video Of Malaysians Standing In Attention For Negaraku
Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Hafal Negaraku dan Fasih Berbahasa Melayu Rupanya Bekas Cikgu Di Kedah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram