Now Reading
“2-3 Kali Sehari Jadi” – Lelaki Stres Air Melimpah Dari Rumah Jiran Tingkat Atas

“2-3 Kali Sehari Jadi” – Lelaki Stres Air Melimpah Dari Rumah Jiran Tingkat Atas

Menurut Aiman yang menetap di sebuah flat di Port Klang, jirannya bukan sahaja melimpahkan air ke bawah tetapi juga membuang sampah dari tingkat atas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes salah faham dalam kalangan jiran tetangga bukan satu isu baru. Kadangkala isu ini timbul disebabkan oleh sikap segelintir individu yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki dari sebuah flat sekitar Pulau Pinang berasa berang selepas terdapat pihak yang bertindak membuang sampah sesuka hati dari tingkat atas ke parkir kereta sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan penduduk lain.

Cermin sebuah kereta dilihat retak akibat hentakan objek berwarna hitam manakala sampah dipercayai kuah kari bersepah di atas but kenderaan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah


Pantu Masuk Dibanjiri Air Akibat Limpahan Dari Rumah Jiran Di Tingkat Atas

Isu perbalahan di kalangan jiran tidak terhenti di situ sahaja. Tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang penduduk di sebuah rumah flat sekitar Port Klang, Selangor dikenali sebagai Mohd Aiman (@mohdaiman838) menunjukkan keadaan rumah sewanya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan air melimpah dengan banyak dari tingkat atas rumah jirannya. Jelas Aiman di ruangan komen, cecair tersebut datang daripada cucian kain dari mesin basuh, cucian lantai rumah ataupun bumbung flat.

Air yang melimpah itu juga dilihat membanjiri kawasan pintu masuk pada bahagian dapur.


Air Melimpah 2-3 Kali Sehari

Tambah lelaki berkenaan, dia sudah berdepan perkara sama selama satu tahun meskipun pernah menegur jirannya dengan cara baik sebelum ini.

“Dah setahun hadap perangai jiran atas yang langsung tak ada hati dan fikiran. Bila tegur buat muka, pernah (juga) tegur elok-elok. Dia (jiran) buang air dari atas 2-3 kali sehari. Korang tengok sendiri (nak) sidai kain dekat bawah pun tak senang,” kata Aiman.

Sumber: TikTok (@mohdaiman838)

Jiran Juga Buang Sampah Dari Tingkat Atas

Air yang berterusan mengalir dari atas itu juga menyebabkan pembiakan serangga perosak di kawasan sekitar.

“Nyamuk pun tak payah cakaplah banyak sebab air bertakung dekat tepi (pintu rumah). Sampah lagi dia buang dari atas. Tak tahu nak adukan hal ini dekat siapa,” ujar Aiman di ruangan kapsyen.

Lelaki itu dalam masa sama berkata dia kini sedang mengumpul bukti-bukti yang mencukupi bagi melaporkan isu ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

@mohdaiman838 bila tegur buat muka, pernah tegur elok2. sebab kami ada nak kecik, dia buang air dari atas sehari 2-3x. korang tengok sendiri sidai kain dekat bawah pun x senang. nyamuk tak payah cakap lah banyak sebab air bertakung dekat tepi. sampah lagi dia buang dari atas. tak tahu nk adukan hal ini dekat siapa. jiran atad tu India…mmg x makan saman lah cerita dia…. #areaportklang #tamantelukgedungindah ♬ Suasana Pedesaan Untuk Rilex – Lowve & NYong Niode

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis


Ramai Simpati Dengan Nasib Aiman Yang Terpaksa Hadap Jiran Sebegitu

Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai di kalangan pengguna TikTok. Rata-rata orang ramai meminta Aiman untuk membuat laporan dengan kadar segera.

Ada juga individu yang menyifatkan jiran Aiman tidak bertimbang rasa kerana melakukan perkara sama walhal sudah ditegur banyak kali.

Malah, ramai juga individu menitipkan doa agar segala urusan Aiman dipermudahkan selain dikurniakan rezeki lebih untuk berpindah ke rumah yang lebih baik.

“Bang, saya doakan abang cepat pindah dari situ dan jalani kehidupan dengan lebih tenang tanpa ada jiran yang toksik lagi,” jelas seorang warganet.

Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas berkongsi pengalaman mereka melalui situasi lebih kurang sama sebelum ini.

“Saya dulu pernah duduk dekat sebuah pangsapuri di Puchong. Jiran atas selalu buang air mop. Kadang balik kerja tengok baju semua (dah) kotor. Pernah jugak menjerit. Jawapan dia (pelaku), ‘sorry’. Tak lama lepas tu, saya pindah,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@mohdaiman838)

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd