Now Reading
Adakah Golongan OKU Digelar Sebagai Anak Syurga? Ini Penjelasan UAI

Adakah Golongan OKU Digelar Sebagai Anak Syurga? Ini Penjelasan UAI

Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, gelaran anak syurga ini diberikan kepada sesiapa yang meninggal dunia sebelum dia mencecah akil baligh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda perasan, ramai di kalangan masyarakat yang memanggil kanak-kanak atau individu dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai anak syurga.

Seperti sebelum ini, tular di laman TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak istimewa menghadiahkan si ibu sekuntum bunga.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai yang membanjiri dengan doa-doa yang baik kepada anak lelaki itu selain memuji tindakan kanak-kanak yang digelar anak syurga ini. Tetapi mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu maksud sebenar panggilan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu Suruh Bagi Orang Yang Kita Sayang” – Anak Istimewa Beri Ibu Bunga Buat Ramai Sebak


UAI Perjelas Maksud Gelaran Anak Syurga

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu tazkirah pernah menjelaskan secara terperinci mengenai gelaran anak syurga.

Nabi Muhammad SAW bersadba, semua bayi yang lahir adalah bersih. Ini bermakna sesiapa yang meninggal dunia sebelum akil baligh bakal dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT.

“Kanak-kanak ini kalau dia mati sekarang, dia masuk syurga ke neraka? Bahkan orang kafir pendapat jumhur ulama (juga) syurga buatnya,” kata pendakwah itu.

Tambah UAI, sekiranya seseorang sudah akil baligh, barulah dia akan memikul dosa dan pahalanya.


Golongan OKU Dikira Sebagai Anak Syurga Atau Sebaliknya?

UAI dalam satu lagi video perkongsian tazkirah berbeza ada menjelaskan tentang anak syurga dengan lebih mendalam yang mana membabitkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ulasnya, golongan ini dikira sebagai anak syurga berdasarkan beberapa syarat.

“Maksud anak syurga ini adalah mereka tidak mukallaf, siapa yang tidak mukallaf, anak-anak orang Mukmin mereka mati masuk syurga.

“Kerana tidak akan disoal di alam barzakh, tidak akan kena azab dan fitnah kubur serta tidak akan dihisab pada hari kiamat,” jelas UAI.

Mesti ada juga yang tertanya-tanya apakah itu mukallaf. Maksud mukallaf adalah orang yang sudah akil baligh. Walaupun sesetengah anak OKU sudah baligh, tetapi pancaindera akal mereka tidak sempurna seperti manusia yang lain.

Menurut UAI, sesetengah golongan OKU mengalami cacat anggota badannya sebagai contoh kaki atau tangan namun, masih dapat berfikiran dengan sempurna. Maka dalam konteks ini, dia dikira sebagai mukallaf.

“Ada yang kaki cacat sebelah atau tak ada, itu bukan OKU yang dimaafkan. Itu wajib sembahyang. Maksudnya pencapaian akal. Ada jenis lembam yang kritikal. Ada yang okay, boleh berniaga.

“Tapi ada lembam yang tak faham apa-apa, bengong je. Itu yang dimaksudkan anak syurga. Ada down syndrome yang kritikal, kita tanya khabar pun tak reti (jawab). Itu dimaafkan, tidak mukallaf. Itu anak syurga,” tambah penceramah itu lagi.

Mengulas lanjut, UAI berkata ada juga sesetengah agamawan atau imam yang membaca talqin sewaktu bayi sudah meninggal dunia.

Pun begitu, tindakan tersebut tidak perlu dilakukan kerana bayi adalah antara golongan yang tidak akan disoal semasa alam kubur.

Secara kesimpulannya, sekiranya golongan OKU itu mempunyai keupayaan untuk berfikir, maka dia dikira mukallaf dan tidak dipanggil sebagai anak syurga. Jika individu itu merupakan kanak-kanak OKU yang boleh berfikir tetapi belum baligh, dia juga digelar anak syurga.

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Dukung Anak Syurga Ke Garisan Penamat Ketika Sertai Marathon Buat Ramai Sebak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd