Now Reading
Wanita Malaysia Sanggup Tanggung Kos RM11,500 Demi Jadi ‘Volunteer’ Di Sukan Olimpik Paris 2024

Wanita Malaysia Sanggup Tanggung Kos RM11,500 Demi Jadi ‘Volunteer’ Di Sukan Olimpik Paris 2024

Berdasarkan 300,000 permohonan dari seluruh dunia, wanita Malaysia bernama Andrea Wong ini tergolong daripada 45,000 orang yang dipilih untuk menjadi sukarelawan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan salah satu acara yang menjadi tumpuan pada tahun ini memandangkan ia hanya berlangsung pada setiap empat tahun.

Setiap atlet yang bertanding pastinya memasang impian sama iaitu mahu merebut pingat emas yang akan meletakkan mereka di tempat pertama sesuatu acara.

Namun bagi seorang wanita dari Malaysia, dia tidak mengejar pingat emas tetapi mengimpikan pengalaman yang cukup berharga demi memenuhi ‘bucket list’.


Wanita Malaysia Ini Membelanjakan RM11,500 Untuk Jadi ‘Volunteer’ Di Sukan Olimpik Paris 2024

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Facebook, wanita dikenali sebagai Andrea Wong ini berkongsi pengalaman ketika menjadi salah seorang sukarelawan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, dia sudah lama memasang impian untuk menjadi ‘volunteer’ di temasya sukan berprestij itu dan pengalaman yang berjaya dikutip olehnya pada Julai dan Ogos 2024 akan menjadi kenangan sepanjang kehidupannya.

Sumber: Facebook Andrea Wong

Jelasnya, kunjungannya ke Paris buat kali keempat itu dipenuhi dengan pengalaman agak berbeza.

Andrea berkata bergelar seorang sukarelawan Olimpik ini boleh menjadi agak membosankan kerana tugasan yang diberikan hanya untuk membantu penonton untuk ke tempat duduk dan menonton perlawanan yang sedang berlangsung.

“Walaupun kerjanya tidak terlalu berat, tetapi saya nak kutip pengalaman dan ‘tick’ senarai impian saya,” kata Andrea.

Semasa hari terakhirnya, Andrea tidak dapat menahan sebak kerana seolah-olah tidak percaya dia tergolong dalam 45,000 sukarelawan yang terpilih daripada 300,000 permohonan dari seluruh dunia.


Kos RM11,500 Dibiayai Sendiri Oleh Wanita Ini

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dengan segala kos yang ditanggung dari segi makan minum, pengangkutan, tempat tinggal dan sebagainya?

Jelas Andrea, dia tidak mengeluarkan sebarang kos untuk kerana dia hanya berjalan kaki ke lokasi acara sukan tersebut yang dianggarkan mengambil masa selama 30 minit.

Sumber: Facebook Andrea Wong

Bagi kos-kos lain pula adalah seperti berikut:

  • Tiket kapal terbang: RM3,800
  • Penginapan: RM6,500
  • Makan dan minum: RM1,200

Andrea juga berkongsi tiga syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkan seseorang memohon sebagai sukarelawan di Sukan Olimpik Paris 2024. Antaranya:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas pada 1 January 2024.
  • Boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau Perancis
  • Boleh bersedia sekurang-kurangnya 10 hari antara pembukaan Perkampungan Atlet dan dua hari selepas Majlis Penutupan Sukan Paralimpik
Sumber: Facebook Andrea Wong

Wanita ini memberitahu bahawa dia telah bertugas selama sembilan hari dengan ada cuti rehat di antaranya dan dia juga perlu tinggal di sana sekurang-kurangnya dua minggu.

Di akhir perkongsian, Andrea bersyukur dengan pengalaman tersebut dan berterima kasih kepada Paris dan Sukan Olimpik kerana membolehkan dirinya mengutip memori paling berharga itu.


Orang Ramai Kagum Dengan Wanita Malaysia Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa kagum dengan keberanian wanita ini yang mahu mengutip pengalaman bergelar sukarelawan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Mereka turut berpendapat wang tidak dapat menjadi nilai ukur kepada pengalaman yang cukup berharga itu dan menanti-nantikan negara lain yang bakal diterokai oleh wanita berkenaan.

Pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang tertanya-tanya mengenai proses permohonan untuk menjadi sukarelawan di acara temasya sukan terbabit.

Sumber: Facebook Andrea Wong

Kalau ada di antara anda yang juga mahu bergelar sukarelawan di Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2028, boleh mula kumpul duit dari sekarang.

Berdasarkan carian kami, permohonan untuk menjadi sukarelawan di Sukan Olimpik seterusnya masih belum dibuka.

Baca Artikel Berkaitan: Pingat Emas Olimpik 2024 Mungkin Termahal Dalam Sejarah. Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ke-4 Dunia Tawar Ganjaran Paling Mewah Buat Atlet Pemenang Emas Olimpik 2024

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Atlet ‘Unboxing’ Kotak Yang Diterima Semasa Menang Medal Di Sukan Olimpik 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd