Now Reading
[Video] Demi Konten, Gadis 19 Tahun Terhantuk Di Tiang Landasan Waktu Rakam Video

[Video] Demi Konten, Gadis 19 Tahun Terhantuk Di Tiang Landasan Waktu Rakam Video

Wanita itu terlanggar tiang ketika kereta api tersebut sedang bergerak perlahan semasa baru sahaja berlepas dari Stesen Phatthalung di Thailand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, masyarakat pada zaman ini sanggup melakukan apa sahaja demi menghasilkan konten dan meraih jumlah tontonan yang tinggi di media sosial.

Lebih membimbangkan lagi apabila mereka berani melakukan aksi berbahaya tanpa memikirkan keselamatan diri dan juga orang lain di sekeliling.

Perbuatan sedemikian telah tular baru-baru ini selepas satu rakaman video dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.


Wanita Terhantuk Kepala Pada Tiang Ketika Rakam Video Di Luar Kereta Api

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@ThaiTrainGuide), seorang wanita cuba merakam satu video trending dengan menjatuhkan separuh badannya ke bahagian luar kereta api yang sedang bergerak perlahan sambil tangan berada pada pemegang.

Namun, hasratnya itu tidak kesampaian selepas kepalanya dilihat terlanggar pada tiang besi yang berada di landasan kereta api terbabit.

Selepas menyedari insiden yang berlaku, si perakam membatalkan niat untuk merakam dan dipercayai cuba membantu wanita tersebut.


Mangsa Alami Kecederaan

Memetik sumber dari The State Railway of Thailand (SRT), Ketua Pejabat Gabenor Kereta Api Negeri Thailand iaitu Ekkarat Sriarayanphong menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada 5 Ogos 2024 sekitar jam 3:15 petang.

Kereta api tempatan bernombor 452 itu dalam perjalanan dari Sungai Kolok ke Nakhon Si Thammarat dan baru sahaja berlepas dari Stesen Phatthalung semasa mangsa sedang bergantung pada tangga kereta api dan bersandar keluar dari gerabak.

Sumber: X @ThaiTrainGuide

Mangsa dilaporkan telah terjatuh di Stesen Phatthalung sebelum segera dibawa ke Hospital Phatthalung selepas dipercayai mengalami kecederaan ringan di jari dan mengadu sakit kepala.

Doktor yang bertugas kemudiannya membuat imbasan pada bahagian otak wanita terbabit dan mengesahkan tiada kecederaan dalaman berlaku selain mengalami bengkak serta lebam pada kepala.


SRT Kesal Dengan Insiden Yang Berlaku

Susulan kejadian tersebut, pihak SRT mengecam perbuatan terbabit kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius seperti hilang upaya kekal atau maut.

Oleh itu, SRT menggesa kesemua penumpang untuk tidak melakukan aksi sama.

Sebagai respon kepada insiden ini, SRT juga mengarahkan kakitangan mereka untuk meningkatkan kekerapan pemeriksaan keselamatan dan memberi nasihat keselamatan kepada penumpang.

Jika terdapat sebarang tingkah laku berisiko dilakukan, kakitangan perlu memberi amaran dan sekiranya penumpang gagal mematuhinya, mereka akan diminta turun dari kereta api dengan segera.


Penumpang Perlu Patuhi Panduan Keselamatan Dari Pihak SRT

SRT juga menyeru semua penumpang kereta api untuk mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di atas kapal. Antaranya:

  • Jangan berdiri di ruang antara gerabak atau di tangga kereta api.
  • Jangan naik atau turun dari kereta api semasa ia bergerak. Sila tunggu sehingga kereta api berhenti sepenuhnya.
  • Elakkan dari mengeluarkan tangan, kaki atau kepala anda di luar kereta api.
  • Tidak boleh duduk di tepi tingkap atau pintu.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd