Now Reading
“Telekung Dipakai Bahagian Kaki” – Aksi Tak Bertanggungjawab Wanita Ini Dikecam Ramai

“Telekung Dipakai Bahagian Kaki” – Aksi Tak Bertanggungjawab Wanita Ini Dikecam Ramai

Tindakan jemaah wanita yang memakai telekung bahagian muka sebagai kain untuk menutup kaki menyebabkan auratnya terdedah semasa melaksanakan solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan kebanyakan masjid dan surau mempunyai telekung bagi jemaah wanita yang mahu menunaikan solat di rumah ibadat tersebut.

Kadangkala ia juga diwakafkan oleh individu lain dengan niat untuk bersedekah dan memberi kemudahan kepada mereka yang terlupa untuk membawa telekung.

Dalam kemudahan yang diberikan ini, wujud segelintir individu yang dikatakan tidak menggunakannya dengan betul sehingga mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.


Jemaah Wanita Guna Telekung Bahagian Muka Sebagai Kain

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Lieza Ghazali, wanita ini berkongsi satu situasi yang berlaku semasa berkunjung ke sebuah masjid di Kuala Perlis ketika waktu Maghrib.

Kalau anda pernah solat di surau atau masjid ketika waktu Maghrib, mesti anda sudah boleh bayangkan betapa ramainya umat Islam berpusu-pusu untuk menunaikan solat fardu berkenaan yang diketahui mempunyai tempoh agak singkat.

Nak dijadikan cerita, telekung yang disediakan di masjid dikunjungi pengguna Facebook ini sudah kehabisan kerana digunakan oleh ramai orang.

Kemudian, seorang jemaah yang baru sahaja selesai berwuduk sedang mencari telekung tetapi difahamkan ia tidak lengkap kerana tiada kain.

Ada seorang sis ni duk cari telekung. Saya bagitahu dia telekung ada tapi kain tak ada. Lepas tu dia ambil telekung dua helai. Ingatkan nak bagi kawan dia satu. Duk ingat dia nak pakai telekung dengan seluar dan stokin.

Pengguna Facebook Lieza Ghazali.

Namun siapa sangka, jemaah itu kemudiannya meneruskan solat dengan menjadikan telekung bahagian muka sebagai kain.

Tindakan tersebut membuatkan pengguna Facebook ini terkejut dengan apa yang dilihatnya dan beranggapan perbuatan itu seolah-olah tidak bertanggungjawab.

Telekung ni bukan sahaja pakaian untuk solat, tapi juga lambang kesucian, kebersihan dan adab kita depan Allah SWT. Bila benda bukan kita punya, kita guna telekung tu tanpa rasa tanggungjawab. Tak peduli langsung.

Pengguna Facebook Lieza Ghazali.

Berikutan itu, wanita berkenaan menasihati orang ramai terutamanya jemaah perempuan untuk menjaga kebersihan telekung di mana-mana sahaja kerana penjagaan kebersihan itu adalah sebahagian daripada ibadah.


Orang Ramai Bengang Dengan Sikap Kurang Beradab Oleh Jemaah Wanita Itu

Rata-rata orang ramai yang melihat hantaran tersebut berpendapat bahawa tindakan jemaah wanita itu adalah satu perbuatan yang kurang beradab.

Ini kerana ‘kain’ yang digunakan itu akan diletakkan pada bahagian muka apabila mana-mana jemaah mahu memakainya pada masa akan datang.

“Dia letak bahagian kepala di kaki? Lepas tu orang lain pula pakai. Selfish betul manusia ni,” kata seorang pengguna Facebook.

Selain itu, masyarakat juga menegur bahagian kakinya yang terdedah kerana terdapat lubang pada kain yang sepatutnya digunakan untuk memasukkan wajah seseorang.

“Astaghfirullah. Tak sah solat sis ni nampak kaki,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial berpendapat ia lebih baik sekiranya para wanita memakai pakaian labuh dan berstokin supaya tidak perlu menggunakan sekiranya berlaku kes seperti ini.

Sumber: Facebook Lieza Gahzali

Kalau nak lagi senang, anda juga boleh membawa telekung sendiri dari rumah. Jadi, tak perlu risau sekiranya tiada telekung di surau ataupun masjid.

Sekarang ini banyak je telekung mini yang dijual kalau anda tidak mahu membawa beg tambahan bagi meletakkan telekung yang agak besar.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] “Sakit Jiwa Aku Tengok” – Sikap Jemaah Wanita Tidak Rapatkan Saf Di Masjid Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dua Wanita Didakwa Solat Jemaah Tetapi Tak Mahu Rapatkan Saf

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Wanita Bawa Anak Dihalau Dari Ruangan Utama Masjid? Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd