“Penyewaku Dari Lubang Neraka” – Lelaki Stres Lihat Rumah Ditinggalkan Kotor Dengan Sampah Menimbun
Penyewa tetap mengotorkan rumah walaupun dia sedar mempunyai cagaran duit deposit pada pemilik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, menjaga kebersihan merupakan aspek penting yang perlu diterapkan oleh setiap lapisan masyarakat. Pun begitu, masih banyak kes melibatkan penyewa yang tidak menjaga rumah dengan baik.
Seperti sebelum ini, seorang pemilik rumah berasa kecewa melihat keadaan rumahnya yang dahulunya kemas, tetapi ditinggalkan dengan sampah sarap dan bau tidak menyenangkan disebabkan oleh tahi kucing.
Memang tidak dapat fikir dek akal, macam mana seseorang boleh tinggal dalam keadaan rumah yang begitu kotor. Boleh sakit kepala dibuatnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!
Lelaki Terkejut Rumah Sewa Dipenuhi Sampah & Tak Terurus
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@che.zaiton.isa), menyaksikan keadaan sebuah rumah sewa yang tidak terurus.
Menerusi video perkongsian, kelihatan barangan serta sampah sarap bertaburan di atas lantai seolah-olah rumah itu langsung tidak dibersihkan selama ini. Bermula dari pintu masuk rumah, sehinggalah ke setiap ruangan bilik.
Tiada satu ruangan pun yang dilihat bersih dan terjaga. Sampah, sisa makanan, minyak masak, pakaian, basikal, mop lantai, pisau, kuali masak, semuanya ada.
Sekali lihat, memang anda tidak akan menyangka ada juga manusia yang pengotor sampai tahap begitu sekali. Memang tidak dapat dibayangkan macam mana penyewa boleh tidur dengan makanan basi dan busuk sekelilingnya.
“Satu kerja nak kena kemas. Sampah saja. Teruknya, tak sangka dapat penyewa macam ni. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,” kata perakam video.
@che.zaiton.isa #penyewapengotor #bayarhutangwoy ♬ original sound – Che zaiton Isa
Penyewa Masih Rosakkan Rumah Walau Dah Bayar Deposit
Menurut pemilik rumah di ruangan komen, dia telah pun mengambil duit deposit rumah menggunakan ejen dan sudah mempunyai perjanjian. Pun begitu, perkara tersebut masih berlaku.
“Kalau dia nak buat (sepah), dia buat juga,” jelas pemilik rumah.
Tambahnya, rumah yang kini kosong itu dalam proses untuk dijual.
Ramai Jijik Lihat Keadaan Rumah Sebegitu Rupa
Perkongsian ini kemudian mendapat tumpuan pengguna TikTok. Rata-rata orang ramai meluahkan rasa jijik melihat keadaan rumah seperti tempat pembuangan sampah.
“Macam mana dia (penghuni) boleh menghuni rumah serupa ini,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, segelintir pemilik rumah sewa juga berkongsi pengalaman mereka menghadapi perkara sama sebelum ini.
“Saya pernah kena macam ni. Penyewa lari tinggalkan rumah penuh dengan sampah dan taik kucing. Kipas syiling pun hilang,” kata seorang pengguna TikTok.
Keadaan rumah yang tunggang-langgang tersebut membuatkan ramai yang takut dan tidak mahu mengambil risiko untuk menyewa rumah.
“Ini salah satu sebab saya takut nak sewakan rumah. Alhamdulillah, buat homestay lebih selamat,” jelas seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral
Baca Artikel Berkaitan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram