Now Reading
“Keras & Kejung” – Founder ‘Suka Dessert’ Kesal Vendor Jual Semula Produk Lama Kepada Pelanggan

“Keras & Kejung” – Founder ‘Suka Dessert’ Kesal Vendor Jual Semula Produk Lama Kepada Pelanggan

Menurut pemilik Suka Dessert yang dikenali sebagai Auntie Ja, terdapat vendor yang menjual semula manisan croissant kepada pelanggan walaupun ia sudah disediakan tiga hari sebelumnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar peniaga, sudah tentu anda menitikberatkan jualan produk dan mengelakkan sebarang kerugian berlaku.

Bagi mencapai jualan maksimum, rata-rata peniaga akan memastikan produk dijual berkualiti tinggi untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan pembelian mereka.

Pun begitu, ada juga segelintir peniaga yang bertindak menjual produk yang sudah rosak dan tidak lagi berkualiti kepada para pelanggan selagi mana ia mendapat permintaan tinggi.


Pemilik Suka Dessert Kecewa Vendor Jual Semula Produk Lama Kepada Pelanggan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sukadessert.hq) apabila pemilik jenama manisan Suka Dessert dikenali sebagai Auntie Ja berkongsi tentang pihak ketiga yang menjual semula produk lama kepada pelanggan.

Menurut Auntie Ja, dia menyedari terdapat banyak kedai vendor yang menjual produk keluaran Suka Dessert. Antara produk yang dijual adalah Croissant with Milk Chocolate. Auntie Ja menegaskan croissant itu dijual oleh Suka Dessert dalam satu event pada Ahad lalu (11 Ogos).

Namun, wanita itu menyedari bahawa ia masih dijual sehinggalah semalam (13 Ogos), yang mana croissant tersebut sudah melebihi tempoh penyimpanan.

“Tiga hari dah croissant itu. Croissant tak boleh disimpan sampai hari yang ketiga. Croissant kena makan fresh-fresh, walaupun kita dah bakar waktu pagi, malam tu Auntie Ja nak makan atau bagi orang pun rasa sebersalah,” kata wanita itu.

Sumber: Instagram (@sukadessert)

Tambah wanita berkenaan, manisan lain juga kelihatan sudah lama dan tidak seperti biasa yang dijual di Suka Dessert.

“Auntie Ja tengok Chocolate Chesse in Cup, Pista Cheese in Cup dah kejung dah coklatnya. Dah tak rupa yang Auntie Ja selalu jual fresh dekat pelanggan.

“Tergamaknya awak menjual manisan yang dah beberapa hari dekat pelanggan. Ini secara tidak langsung menjatuhkan reputasi Suka Dessert sendiri,” ujarnya lagi.


Ramai Vendor Masih ‘Degil’ & Tetap Jual Produk Suka Dessert

Hal ini merupakan antara faktor mengapa Auntie Ja melarang pihak ketiga untuk menjual semula produk Suka Dessert. Walaupun ramai vendor yang menghentikan jualan manisan jenama itu, tetapi masih ramai yang berdegil.

“Sebab itu jugalah mengapa Auntie Ja terhadkan jualan produk di event dan juga di kafe Suka Dessert. Kalau Auntie Ja betul-betul tak kisah tentang kualiti dan kejar hanya kepada kuantiti dan jualan, Auntie Ja tak akan buat limit serta tak kisah boleh keluarkan (produk) seberapa banyak sekalipun.

“Tetapi sebab Auntie Ja terlampau menjaga kualiti, saya buat peraturan itu,” jelas peniaga berkenaan.


Suka Dessert Selalu Dapat Reviu Buruk Lepas Vendor Jual Produk Lama

Berbicara lebih lanjut mengenai produk yang sudah lama, wanita ini mendedahkan dia selalu mendapat komen dan reviu kurang baik dari pelanggan.

Selepas diselidik, pelanggan tersebut membeli produk Suka Dessert dari pihak ketiga dan bukannya terus dari jenama itu sendiri.

Ada yang mengadu manisan brownies yang dijual oleh vendor sudah berbau hapak, keras dan juga kering. Auntie Ja juga berkata dia luluh hati selepas merasai sendiri brownies yang sudah berbau itu.

Sangat kecewa dengan tindakan segelintir orang yang nak mencari keuntungan tapi menganiaya orang lain. Dia bukan sahaja menganiaya pelanggan dia tetapi Suka Dessert sendiri.

Auntie Ja.

Dia akhir perkongsian, peniaga itu berharap orang ramai yang menyedari terdapat vendor yang menjual mana-mana barangan Suka Dessert untuk melaporkan kepada pihaknya agar tindakan lanjut boleh diambil.

@sukadessert.hq Maaf yaa darlings. Harap apa yg Auntie Ja sampaikan, tak ada pihak yg putar belitkan. Semuanya untuk kebaikan customer customer Suka Dessert.🙇🏻‍♀️ #ownersukadessert ♬ original sound – Sukadessert.hq

Ada Vendor Yang Tukar Bungkusan Produk Suka Dessert Sebelum Dijual Semula

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut kecewa dengan segelintir vendor yang bertindak menganiaya pelanggannya.

“Tak fikir keberkatan (jual beli) langsung orang tu ya, Allah…” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, segelintir individu juga berkata mereka sudah ‘terkena’ dengan vendor yang menjual semula produk jenama Auntie Ja.

“Dah la rasa tak segar. Lepas tu harga boleh tahan ya (mahal). Sekali tu je pernah beli dekat kedai vendor,” jelas seorang warganet.

Sementara itu, ada juga individu mendakwa terdapat vendor yang menukar bungkusan Suka Dessert selepas membeli produknya.

“Pernah tengok ada vendor beli Cheese in Cup lepas tu jual balik dekat vendor (kedai) dia balut pakai plastik je,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@sukadessert.hq)

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Aniaya Orang” – Video Rider Kena Sidai Dengan Pelanggan Masa Hujan Lebat Buat Ramai Kesian

Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd