“Jangan Tunjuk Kekayaan, Bagitahu Cara Sebenar Buat Duit” – Ameer Ali Mydin Beri Pesanan Buat Influencer
Dr Ameer Ali Mydin berkata tidak salah influencer menjana pendapatan, tetapi seelok-eloknya mereka seharusnya menunjukkan cara wang tersebut dihasilkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Media sosial adalah platform di mana ramai yang berkongsi pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka.
Ia secara tidak langsung menyebabkan wujudnya seseorang yang akan membandingkan kisah kehidupan mereka dengan pengguna yang lain seperti dari segi kekayaan, kebahagiaan rumah tangga, kecantikan dan sebagainya.
Malah, ada juga sesetengah influencer yang dilihat sengaja menayangkan aset harta mereka sebagai bukti kejayaan dalam kerja masing-masing.
Pemilik Pasar Raya Mydin Kurang Gemar Dengan Sikap Influencer ‘Show Off’ Kekayaan Di Media Sosial
Menerusi sedutan video dari Podcast Debonair yang dimuat naik di laman TikTok (@ameeralimydin), Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr Ameer Ali Mydin memberikan pendapatnya tentang sikap segelintir influencer.
Dalam video tersebut, beliau meluahkan rasa kurang senang segelintir pempengaruh yang sering menunjuk kekayaan mereka di media sosial.
Saya salahkan influencer. Saya betul-betul salahkan anak muda yang menunjuk-nunjuk.
Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr Ameer Ali Mydin.
Jelasnya lagi, jika dia perlu menghadiri ke lokasi podcast itu dengan memakai pakaian berjenama, ia bermakna beliau tidak mampu untuk memiliki barangan berjenama tersebut.
Kalau saya kena datang dan pakai barang berjenama, ia sebenarnya menunjukkan yang saya tak mampu untuk membeli barangan berjenama itu.
Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr Ameer Ali Mydin.
Malah, beliau juga memberi contoh seperti Elon Musk yang dikatakan juga tidak memakai pakaian berjenama.
Dr Ameer Ali Mydin menjelaskan bahawa tidak salah influencer menjana pendapatan, tetapi seelok-eloknya mereka seharusnya menunjukkan cara wang tersebut dihasilkan.
Saya selalu bagi tahu kepada influencer, awak buat duit tak ada masalah. Bagitahu orang di luar sana macam mana anda buat duit. Tapi jangan tunjuk kereta besar, kereta sport, rumah banglo besar yang didiami.
Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr Ameer Ali Mydin.
Di ruangan kapsyen video itu juga beliau menasihati agar seseorang yang berjaya tidak mempamerkan kekayaan sebaliknya berkongsi ilmu dan panduan untuk membantu masyarakat lain bagi mencapai kejayaan yang sama sepertinya.
Ramai Bersetuju Dengan Pendapat Dr Ameer Ali Mydin
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Dr Ameer Ali Mydin dan berterima kasih kerana beliau menyuarakan tentang perkara tersebut.
Malah, ada juga netizen yang pernah melihat aksi influencer yang menunjukkan kereta serta banglo mewah sebelum didapati sudah ‘diangkut’ oleh pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, orang ramai juga menasihati masyarakat agar tidak mengagungkan seseorang yang bergelar influencer lebih-lebih lagi apabila mereka memberi nasihat melibatkan pengabaian pendidikan.
“Ada influencer suruh jangan belajar rajin-rajin masuk universiti. Bayangkan kalau 10,000 anak muda tak masuk universiti, macam mana masa depan negara Malaysia ya,” ujar seorang pengguna TikTok.
Latar Belakang Dr Ameer Ali Mydin
Datuk Ameer Ali Mydin dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Pulau Pinang dan kini mencapai usia 68 tahun.
Beliau merupakan anak kepada pengasas Pasar Raya Mydin iaitu Mydin Mohamed yang Pengarah Urusan dalam perniagaan tersebut selepas ayahnya dilaporkan meninggal pada 2016 akibat sakit tua ketika berusia 88 tahun.
Individu yang menjadi tulang belakang Mydin pada hari ini pernah berkongsi ‘rahsia’ di sebalik kejayaan pasar raya yang dimilikinya sekarang.
Menurutnya, rahsia di sebalik kejayaan tersebut adalah dengan mengahwini pasangan yang tepat dan tidak putus memberi sokongan serta dorongan.
Baca Artikel Berkaitan: Ameer Ali Mydin Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Kejayaannya
Baca Artikel Berkaitan: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.