Now Reading
[Video] Demi Pecahkan Rekod Dunia, Uncle Roger Pelawa Orang Ramai Tiru Pemakaiannya Pada 14 September

[Video] Demi Pecahkan Rekod Dunia, Uncle Roger Pelawa Orang Ramai Tiru Pemakaiannya Pada 14 September

YouTuber Mr Nigel Ng atau nama popularnya, Uncle Roger bakal membuka restoran pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur pada 11 September ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang selalu layan benda-benda kelakar, mesti korang akan kenal dengan seorang ‘comedian’ bernama Nigel Ng atau lebih popular dengan gelaran ‘Uncle Roger’.

Individu yang terkenal sebagai pengulas makanan atau ‘food reviewer’ ini bakal membuka sebuah restoran halal di Pavilion Kuala Lumpur pada 11 September 2024.

Walau bagaimanapun, menu yang bakal dihidangkan masih belum dimuktamadkan tetapi yang pastinya akan ada Nasi Goreng sebagai salah satu makanan yang bakal dijual di sana.


Uncle Roger Mahu Cipta ‘Guiness World Record’

Bagi meraikan pembukaan restoran ini, Uncle Roger menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@mrnigelng) telah meminta orang ramai untuk berkunjung ke restorannya pada 14 September dengan berpakaian sama seperti dirinya.

Pengumuman itu adalah kerana Uncle Roger mahu merakam video YouTube sekaligus ingin memecahkan rekod Guiness World Record di mana mereka mempunyai bilangan individu paling ramai menyerupai karakter seorang YouTuber.

Sumber: YouTube mrnigelng

Mungkin ada yang berniat untuk ‘menyumbang’ rekod dunia itu tetapi tidak mengetahui apa yang perlu dipakai.

Jangan risau, Uncle Roger telah menyenaraikan beberapa pakaian yang perlu dipakai seperti:

  • T-shirt polo berwarna oren
  • Tali pinggang dengan sarung telefon
  • Seluar berwarna hitam
  • Kasut sneaker berwarna putih
Sumber: Instagram @mrnigelng

Lebih mengujakan lagi, Uncle Roger juga akan memberikan baucar restorannya kepada 300 individu pertama yang berpakaian sepertinya pada hari berkenaan.


Ramai Rakyat Malaysia Teruja Dengan Pembukaan Restoran Milik Uncle Roger

Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari masyarakat yang rata-rata teruja dengan pembukaan restoran pertama Uncle Roger di Malaysia.

Malah, mereka turut menjangkakan bahawa jualan t-shirt polo berwarna oren akan laris berikutan ajakan pelawak itu untuk berpakaian sepertinya pada 14 September nanti.

Menerusi pemerhatian kami, influencer tempatan iaitu Pinn Yang juga mahu membawa seorang pengikutnya ke restoran berkenaan selepas ia dibuka.

“Saya nak bawa seorang pengikut makan sama-sama di sana,” kata Pinn Yang.

Sumber: Instagram

Latar Belakang Tentang Uncle Roger

Nigel Ng yang merupakan seorang rakyat Malaysia dilahirkan pada 15 Mac 1991 kini sudah berusia 33 tahun dan cukup popular dengan watak komedinya bernama ‘Uncle Roger’.

Selain bergelar pelawak, Uncle Roger yang berpangkalan di United Kingdom juga mempunyai perniagaan produk dikenali sebagai ‘Creamy Chili Crab Pasta’.

Meskipun mempunyai jumlah pengikut seramai 4.5 juta di laman Instagram, namun ia tidak dapat menyaingi bilangan ‘subscriber’ di laman YouTube miliknya yang mencecah 9.5 juta.

Nama Uncle Roger mula dikenali pada tahun 2020 selepas dia membuat pelbagai video di YouTube sambil menunjukkan reaksi serta komen jujur terhadap gaya masakan Asia yang dilakukan oleh orang lain.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat berani mengkritik cara masakan oleh cef selebriti terkenal seperti Jamie Oliver dan Gordon Ramsay.

Kalau korang belum pernah menonton video Uncle Roger di YouTube, boleh mulakan dengan video di bawah yang telah meraih 38 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Selamat menonton!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd