“Tak Siang Dulu Ke?” – Lelaki Jepun Masak Mi Segera Bersama Ikan Pari Jadi Tumpuan
Lelaki berasal dari Jepun dikenali sebagai Kazu itu dilihat mereneh seekor ikan pari dalam kuali tanpa menyiangnya terlebih dahulu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai hidangan menarik yang kaya dengan rasa rempah ratus.
Banyak juga hidangan dan lauk yang kurang popular atau tiada di sesetengah negara luar tetapi menjadi kegemaran rakyat tempatan di negara ini. Sebagai contoh mudah ialah rendang daging.
Kelainan makanan yang terdapat di Malaysia ini sekaligus membuatkan para pelancong dari luar negara juga berminat untuk mencubanya.
Lelaki Jepun Tidak Biasa Dengan Hidangan Ikan Pari
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kazinkl) menyaksikan seorang lelaki yang berasal dari Jepun dikenali sebagai Kazu sedang mencari ikan yang jarang ditemui di negaranya iaitu ikan pari.
Menurut Kazu, dia hanya biasa dengar tentang satu juadah yang menggunakan ikan pari iaitu Ray Fin yang dihidangkan sebagai pembuka selera dan bukannya hidangan utama.
Bagi mencuba sendiri kelazatan ikan tersebut, Kazu membuat keputusan untuk memasak ia dengan campuran mi segera berkuah.

Kazu Reneh Seekor Ikan Pari Dalam Kuali Tanpa Siang
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat mencuba untuk menyiang ikan itu, tetapi dia tidak berjaya kerana kurang tahu tentang teknik yang betul.
Dia kemudian mereneh ikan pari tersebut di atas kuali sebelum menambah rencah-rencah yang lain seperti cili, bawang putih dan bawang holland. Selepas seketika, Kazu menambah pula serbuk perencah dengan mi segera ke dalam kuali.

Selesai sahaja hidangan itu dimasak, Kazu dilihat teruja untuk mencuba ikan berkenaan. Mungkin luar daripada jangkaannya, lelaki tersebut kelihatan terkejut dengan rasa ikan pari yang sedap.
“Rakyat Malaysia, korang sangat bertuah untuk ada benda ni (ikan pari)! Terlalu sedap,” katanya di akhir perkongsian.
Menurut Kazu di ruangan komen, dia berpendapat ikan pari dan perasa kari adalah satu gabungan yang serasi.
@kazinkl I’ve never seen this whole stingray sold in Japan ! 💥😨 #fyp #kaz #stingray #ikanpari ♬ original sound – KAZ
Orang Ramai Terkejut Lihat Kazu Tak Siang Ikan Pari Sebelum Masak
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberi idea kepada Kazu untuk mencuba masakan ikan pari asam pedas pula selepas ini memandangkan ia salah satu hidangan popular di Malaysia.
“Orang Malaysia makan ikan pari bakar dengan sambal belacan atau sos kicap dan cili. Asam pedas juga selalu didapati di negara ini,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga berkata Kazu sepatutnya makan bahagian tepi ikan pari itu sahaja dan bukan keseluruhan bahagian ikan.
Malah, orang ramai juga meminta Kazu untuk menonton tutorial menyiang ikan pari dengan cara yang betul sebelum memasaknya selepas ini.
“Sebelum masak ikan pari ni, tolong cari (di internet) cara siang dulu. Jangan masak dan makan macam tu. Kita orang nak muntah dah tengok,” ujar seorang pengguna TikTok.












Di sini kami kongsikan juga cara-cara menyiang ikan pari dengan betul. Buat mereka yang pertama kali ingin memasak ikan ini di rumah, selamat mencuba!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram