Ramai Sangkut Di Cameron Highlands Gara-gara Pemandu MPV Tak Yakin Memandu Di Selekoh Sempit
Difahamkan kejadian itu berlaku di sekitar laluan menuju ke Boh Tea Centre Sungai Palas, Cameron Highlands.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menerapkan pemanduan berhemah adalah penting bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain terjamin.
Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang masih tidak mahir membawa kenderaan di tempat-tempat yang agak berbahaya sebagai contoh lorong yang sempit, kawasan berbukit dan selekoh tajam.
Hal ini berkemungkinan kerana mereka mempunyai kurang pengalaman untuk melalui jalan tersebut atau belum serasi dengan kenderaan yang dipandu sehingga tidak dapat mengagak.
Baca Artikel Berkaitan: “Drift Sebelah King” – Perodua Axia Berpusing Di Selekoh Licin Undang Perhatian Ramai
Ramai Sangkut Di Jalan Cameron Highlands Gara-gara Ada Yang Tak Lepas Selekoh
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jijahh869) menyaksikan jalan selekoh yang sibuk dipercayai menuju ke Boh Tea Centre Sungai Palas, Cameron Highlands.
Dakwa pemilik video, Jijah yang merupakan salah seorang penunggang motosikal di tempat kejadian, pengguna jalan raya telah tersangkut dalam tempoh masa yang lama akibat sebuah kenderaan MPV jenis Hyundai Starex yang teragak-agak untuk melalui selekoh.
Menurutnya, pemandu itu adalah seorang pelancong warga asing.
“Geram aku disebabkan driver perempuan minah saleh, habis jalan Cameron Highlands sangkut! Nasib pandai ngomong (cakap) jawa,” kata Jijah.
Jijah juga berkata pemandu pelancong asing itu hanya duduk berdiam diri walhal sudah menyedari aliran trafik di sana sesak disebabkannya.
Penunggang Motosikal Bantu Pelancong Asing Keluar Dari Kawasan Selekoh
Ia bukan sahaja memudaratkan pemandu di satu laluan sahaja, bahkan kenderaan di arah bertentangan juga terpaksa berhenti bagi memberi ruang kepada pemandu itu keluar dari jalan selekoh.
Dalam video perkongsian tersebut, kelihatan Jijah yang berada di tengah jalan telah turun dari motosikalnya dan memberi panduan kepada pemandu MPV tersebut agar dapat melepasi selekoh berkenaan.
Tambah Jijah di ruangan komen, pemandu MPV berkenaan mungkin berasa ‘gayat’ kerana membawa kenderaan besar di jalan yang sempit.
@jijahh869 INI SEMUA KENANGAN MART 🔥#cameronhighland #teaboh #cameronlavendergarden #cameronteavalley ♬ original sound – Jijah8️⃣6️⃣9️⃣
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tidur Di Stesen Minyak Gara-gara Tempat Penginapan Sekitar Cameron Highlands Penuh?
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kereta Sangkut Di Jalan Selekoh
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang situasi itu. Pengguna TikTok turut tidak terlepas memuji Jijah kerana sudi membantu pelancong asing yang tidak dapat mengagak jalannya.
“Punyalah lama sangkut sampai aku matikan motor. Sekali Jijah turun terus lancar jalan. Mantap cip,” kata seorang wanita.
Malah itu, ada individu yang berkata situasi tersebut sering kali berlaku sewaktu cuti sekolah.
“Jalan masuk Teh Boh Sungai Palas kalau hari cuti atau hujung minggu memang dah biasa dengan keadaan ni dan mesti ada kes yang sama,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat mereka lebih rela untuk tidak melancong di Cameron Highlands akibat jalan raya yang selalu sibuk.
“Sanggup lagi aku tak pergi Cameron Highlands,” kata seorang lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Hampir Terlibat Dalam Kemalangan Lepas Kereta Polis Langgar ‘Double Line’ Di Selekoh
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram