“Kreativiti Next Level” – Menu Burger Kaki Ayam Curi Perhatian
Burger kaki ayam dari Pretty’s Hot Chicken itu dikenali sebagai The Pretty’s Claw.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari demi hari, semakin banyak pula makanan unik dan ‘aneh’ dijual oleh para peniaga di Malaysia ini. Mungkin disebabkan mahu menarik tumpuan pelanggan baru?
Seperti sebelum ini, seorang peniaga dilihat sedang menyediakan manisan kunafa istimewa buat pelanggannya. Apa yang menjadi perhatian adalah hidangan kunafanya ditambah dengan coklat putih serta kacang pistachio sebelum disaluti dengan coklat buatan sendiri.
Bukan itu sahaja, ia juga dihidangkan bersama dengan biskut lembut (soft cookies) dan juga tambahan coklat serta topping yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: “Menangis Orang Arab”- Peniaga Tempatan Jual Kunafa Siap Soft Cookies & Disalut Coklat Raih Perhatian [Video]
Pretty’s Hot Chicken Tampil Dengan Burger Kaki Ayam
Menu unik tidak terhenti di situ sahaja. Semalam (12 Ogos), tular satu hantaran di laman Instagram (@kl.foodie) menyaksikan beberapa individu sedang membuat reviu makanan di sebuah restoran makanan segera, Pretty’s Hot Chicken.
Tampil dengan menu yang lain daripada lain, hidangan burger kaki ayam dikenali sebagai ‘The Pretty’s Claw’ yang agak unik telah mendapat tumpuan ramai.
Kebiasaannya, kaki ayam tidak akan dimasak sekali kerana ramai di kalangan masyarakat akan mengasing dan membuang bahagian tersebut kerana ia bukanlah kegemaran orang ramai. Namun lain pula kali ini.
Menerusi perkongsian video, kelihatan seorang wanita dengan bersahaja mencuba burger kaki ayam dari kedai makanan segera berkenaan.
Daripada visual burger itu pula, anda boleh lihat kaki ayam yang disaluti adunan dan digoreng sehingga rangup tersebut memenuhi hidangan hingga terjulur keluar daripada roti.
Selalunya anda boleh lihat burger berisi tebal dan tinggi tetapi lain pula untuk menu Pretty’s Hot Chicken yang mana burgernya adalah ‘panjang’.
Ada Yang Pelik, Ada Yang Teruja Lihat Rupa Burger Kaki Ayam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi mengenai menu tersebut. Segelintir individu berhasrat untuk mencuba burger unik itu.
“Okay sekurang-kurangnya kuku (kaki ayam) dipotong. Ni berani sikit nak cuba. Jom!” jelas seorang pengguna Instagram.
Seorang individu berkata dia pada mulanya menyangka kaki ayam tersebut adalah bahagian ayam yang lain.
“Kalau kau tak bagi tahu tu kaki ayam, aku akan fikir tu bahagian leher ayam,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga berkata mereka tidak berani mencuba burger kaki ayam berkenaan dan berpendapat ia bukan idea yang baik.
“No! Seram rupanya, walaupun saya suka makan kaki ayam, (tetapi) kalau sebegini rupa seram tahu,” ujar seorang individu.
Buat penggemar kaki ayam yang ingin mencuba menu ini, di bawah kami sertakan sekali info tentang Pretty’s Hot Chicken.
- Lokasi: Shop 3, Pusat Perniagaan Palet, Jalan 3/23a, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari [11am – 11pm]
- Status: Muslim Friendly [Tiada daging babi dan alkohol]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Restoran Di Thailand Hidang Makanan Guna Barangan ‘Random’, Guna Sangkar Burung Pun Ada!
Baca Artikel Berkaitan: “Zayn Malik Suka La Ni” – Inside Scoop Tampil Dengan Aiskrim Perisa Ubat Batuk. Pelik Tapi Benar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram