Now Reading
“Jangan Jadi Keyboard Warrior!” – Lee Chong Wei Minta Orang Ramai Titip Komen Positif Buat Atlet Negara

“Jangan Jadi Keyboard Warrior!” – Lee Chong Wei Minta Orang Ramai Titip Komen Positif Buat Atlet Negara

Bukan sahaja memberi impak kepada keyakinan atlet, malah komen negatif juga akan memusnahkan perpaduan negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024 sehingga melabuhkan tirai, banyak perkara dan ‘drama’ yang sudah berlaku.

Meskipun banyak halangan dan cabaran, tetapi altet negara telah berusaha sehabis mungkin bagi memperoleh kejayaan buat Malaysia. Ramai yang memuji serta mengucapkan tahniah atas kesungguhan yang diberikan.

Pun begitu, ramai juga di kalangan pengguna media sosial yang tidak begitu sensitif dan melontarkan komen negatif seolah-olah menyalahkan kontinjen negara yang tidak membawa pulang pingat untuk Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kuota Khas Ke Olimpik Paris: Norza Kecewa Keluarga Kena Buli Siber


Lee Chong Wei Nasihat Orang Ramai Untuk Beri Komen Yang Positif

Semalam (12 Ogos), legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerusi satu hantaran di akaun Facebook telah menasihati orang ramai terutamanya peminat sukan agar sentiasa melontarkan komen-komen positif terhadap atlet tanah air yang sudah gigih berusaha di Sukan Olimpik.

Jelas Chong Wei, komen yang negatif akhirnya akan memberi impak kepada keyakinan para atlet dan membawa kepada kemusnahan perpaduan di kalangan rakyat tempatan.

“Untuk penyokong-penyokong termasuk saya, mari kita teruskan sokongan. Jika mahu memberi komen, biarlah berpada-pada. Bagilah nasihat yang membina. Usah bersembunyi di sebalik profil tanpa nama untuk beri komen negatif yang akhirnya boleh merosakkan keyakinan atlet dan memusnahkan perpaduan negara.

“Saya akui saya adalah jenis orang yang akan bersuara jika saya perasan sesuatu yang tidak kena. Dan itu sebab saya berkongsi pengalaman dan mengambil berat tentang negara kita.

“Saya harap netizen tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama dan membuat kenyataan yang menghina. Jangan sesekali menjadi keyboard warrior!” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Tambah Chong Wei, Malaysia boleh cuba mendapatkan kejayaan yang lebih cemerlang pada Olimpik seterusnya.


Chong Wei Ucap Terima Kasih Kepada Kontinjen Kerana Harumkan Nama Negara

Sementara itu, Chong Wei juga tidak terlepas menunjukkan penghargaan kepada kontinjen-kontinjen negara yang sudah buat sehabis baik di Olimpik 2024.

Menurut legenda badminton itu, Olimpik yang mempamerkan perlawanan hebat atlet tanah air dengan lawan dari negara luar telah membangkitkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Gelagat Rakyat Malaysia Ketika Tonton Perlawanan Badminton Wakil Negara Di Sukan Olimpik 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Macam Tengok CCTV” – Gelagat Lelaki Tonton 3 Acara Olimpik Dari Gajet Berbeza Buat Ramai Terhibur

“Terima kasih jaguh-jaguh negara kerana menyatu-padukan bangsa Malaysia dengan persembahan padu di Paris. Anda semua telah mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Chong Wei berharap usaha untuk Los Angeles 2028 kena berlaku segera. Atlet , jurulatih dan badan-badan sukan haruslah menggunakan pengalaman di Paris dan mengningkatkan lagi usaha untuk impian emas 4 tahun nanti,” ulasnya.


Ramai Setuju Dengan Nasihat Chong Wei

Menjengah ke ruangan komen, ramai dilihat bersetuju dengan nasihat diberikan oleh Lee Chong Wei.

Malah, ada yang berpendapat penggunaan media sosial pada masa kini semakin tidak terkawal.

“Media sosial sesiapa pun boleh buat sampai 3-4 akaun, yang palsu pula tu. Mungkin orang Malaysia, mungkin tidak. Bahaya betul,” kata seorang lelaki.

Dalam pada itu, orang ramai juga turut mengucapkan terima kasih kepada kontinjen-kontinjen yang sudah mewakili negara.

Sumber: Facebook Lee Chong Wei

Baca Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei & Michelle Yeoh Ucap Tahniah Atas Kemenangan Lee Zii Jia Di Sukan Olimpik 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd