Now Reading
Jalur Gemilang Digantung Di Flat HDB Singapura Cetus Pelbagai Reaksi

Jalur Gemilang Digantung Di Flat HDB Singapura Cetus Pelbagai Reaksi

Sehelai bendera Jalur Gemilang dari Malaysia dilihat digantung bersebelahan dengan bendera Singapura di luar kawasan perumahan flat HDB di tingkat bawah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia dan Singapura adalah negara berjiran yang memiliki pelbagai persamaan dari segi budaya berikutan sejarah lampau.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenyataan Phua Chu Kang Lebih Gemar Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura Undang Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Nasi Lemak Ke?” – Menu Nasi Kandar Di Singapura Buat Ramai Mula Pertikai & Keliru

Walaupun Malaysia dan Singapura menyambut hari kebangsaan mereka pada bulan yang sama, tetapi mereka tidak memiliki tarikh yang sama berikutan faktor sejarah semasa tahun 1965.

Kebiasaannya semasa hari kemerdekaan sesebuah negara disambut, pastinya bendera negara mereka akan dikibarkan dengan penuh rasa bangga, betul tak? Tetapi lain pula yang berlaku baru-baru ini di Singapura.


Bendera Malaysia Digantung Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Singapura

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@thesgdaily), sehelai bendera Jalur Gemilang dari Malaysia dilihat digantung bersebelahan dengan bendera Singapura di luar kawasan perumahan flat HDB di tingkat bawah.

Situasi itu dilihat agak mencurigakan kerana banyak bendera Singapura yang digantung di sekitar kawasan berkenaan sempena menyambut hari kebangsaan mereka pada 9 Ogos.

Walau bagaimanapun, lokasi sebenar masih tidak diketahui selain ia dipercayai di sebuah kawasan sekitar Yishun.

Situasi itu pastinya telah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan masyarakat sehingga video berkenaan meraih 111,700 tontonan ketika artikel ini ditulis.


Situasi Tersebut Raih Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, pelbagai reaksi yang diberikan oleh masyarakat termasuklah mereka yang menganggap ia sebagai simbol persahabatan antara Malaysia dan Singapura.

Sesetengah netizen juga peka bahawa Malaysia turut menyambut bulan kemerdekaan pada bulan Ogos sama seperti negara republik tersebut.

Walau bagaimanapun, aksi berkenaan membuatkan beberapa penduduk Singapura berasa kurang senang melihat bendera negara asing di tanah air mereka.

Masyarakat Singapura meminta agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan dan mengatakan pesalah boleh didenda atas tindakan yang dilakukan.

Sumber: TikTok

Pesalah Boleh Dipenjara Maksimum Enam Bulan

Di bawah Akta Lambang Negara Asing Singapura (Kawalan Paparan) 1949, ia adalah satu kesalahan untuk mempamerkan secara terbuka mana-mana bendera asing atau lambang negara tanpa sebarang permit di negara republik berkenaan.

Jika ditangkap, pesalah boleh dikenakan denda sekitar RM1,682 (S$500), dipenjara maksimum selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Namun, akta ini tidak terpakai kepada beberapa kategori seperti berikut:

  • Wakil diplomatik warganegara asing ke Singapura.
  • Individu yang berkhidmat dalam Kerajaan Komanwel atau mana-mana kerajaan milikan British atau Republik Ireland yang diiktiraf secara rasmi sebagai mewakili kerajaan mereka di Singapura.
  • Lambang pada kapal terbang atau kapal di lautan.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai akta sama mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 yang melarang rakyatnya untuk mengibarkan bendera negara asing sesuka hati tanpa memohon sebarang permit.

Baca Artikel Berkaitan: Premis Di Terengganu Didakwa Pacak Bendera Israel, Undang Kemarahan Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd