Now Reading
“Ibu Tak Cukup Duit” – Tindakan Individu Belanja Kanak-kanak Makan Buat Ramai Sebak

“Ibu Tak Cukup Duit” – Tindakan Individu Belanja Kanak-kanak Makan Buat Ramai Sebak

Seorang lelaki dan wanita dilihat membelanja kanak-kanak perempuan makan di restoran makanan segera selepas ibunya tidak mempunyai wang mencukupi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan, ramai di kalangan masyarakat yang sangat berhati mulia dan pemurah dalam membantu individu susah di luar sana.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki telah memborong kesemua aiskrim yang dijual oleh seorang warga emas dipercayai sekitar Tawau, Sabah.

Tersentuh dengan tindakan anak muda yang baik hati, peniaga aiskrim kemudian menitipkan doa buat pelanggannya. Lelaki yang membeli kesemua manisan tersebut menganggap doa itu sebagai hadiah paling bermakna.

Baca Artikel Berkaitan: “Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya


Lelaki Beri Baucar Kepada Seorang Ibu Untuk Belikan Anak Makanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@akupeduliofficial) menyaksikan satu eksperimen sosial memaparkan seorang kanak-kanak yang mengidam untuk makan hidangan di sebuah makanan segera.

Menerusi video tersebut, kelihatan ibu kepada anak kecil itu bertanya kepada staf yang berada di kaunter tentang makanan paling murah dijual di sana. Jelas pekerja lelaki itu, menu berharga RM5 sudah pun kehabisan stok dan hanya makanan berharga RM7 ke RM8 sahaja yang tinggal.

“Nak makan apa? Mama ada RM5 je,” kata si ibu kepada anaknya.

Walaupun sudah menjelaskan bahawa wanita itu tidak mempunyai wang mencukupi, namun si kecil masih mahukan makanan berharga melebihi RM5.

Melihat situasi pilu di mana si ibu tidak dapat membelikan anaknya makan, pekerja berkenaan menghulurkan sedekah dengan memberikan mereka baucar yang belum lagi digunakan.

Tak apa, sebab saya memang selalu dapat baucar ni setiap bulan. Saya pun tak pakai. Tak apalah, akak ambil.

Pekerja kedai makan.
@akupeduliofficial Orang Malaysia mantap 🥺🇲🇾 #fypシ゚viral #fyp #socialexperiment #akupeduli ♬ Very Sad – Enchan

Wanita Ikhlas Kongsi Rezeki Dengan Orang Lain

Dalam situasi seterusnya, kanak-kanak tersebut meminta ibunya menu burger pula. Namun sama seperti yang tadi, si ibu masih tidak mempunyai duit mencukupi yang mana hanya ada RM5 sahaja di tangan.

Mendengar perbualan di antara anak dan ibu itu, seorang pelanggan yang turut beratur untuk memesan makanan kemudian memberitahu dia mahu belanja kanak-kanak tersebut makan.

Sumber: TikTok (@akupeduliofficial)

“Tak apalah adik nak burger apa? Akak belanja. Tak apa, cakap saja saya belanja. Akak duduk dulu nanti saya order. Saya ikhlas, anggap je ni saya tolong akak,” kata pelanggan itu.

Walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain, namun pelanggan berkenaan tidak berkira untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Bukan sahaja beli burger untuk kanak-kanak tersebut, malah pelanggan itu juga membeli makanan untuk si ibu.


Orang Ramai Sebak Lihat Rakyat Malaysia Yang Bersifat Pemurah Hati

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat sebak melihat rakyat tempatan yang sentiasa prihatin dan baik hati dengan individu sekeliling.

“Sumpah menitis air mata aku tengok. Walaupun eskperimen sosial, bersyukur ada orang baik lagi,” kata seorang lelaki.

Malah ramai juga berkongsi pengalaman mereka apabila dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda oleh Allah SWT selepas membantu orang lain.

“Aku pernah tinggal RM20 nak beli susu anak masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tapi aku bagi je (dekat) orang yang masa tu lebih memerlukan. Sekali balik je rumah, isteri cakap ada orang bagi susu 1 kotak. Cash (terus) Allah balas,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada juga segelintir individu meluahkan rasa hiba melihat eksperimen sosial tersebut kerana sedang mengalami perkara yang sama pada ketika ini.

“Aku nangis. Aku tengah berada dalam keadaan kakak tu. Anak-anak minta nak makan burger tepi jalan pun aku tak mampu. Walaupun penat balik kerja tetap masak untuk berjimat. Aku nangis tiap kali anak minta nak makan,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@akupeduliofficial)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bayar Tapi Tak Ambil Seekor Pun..” – Pemuda Dipuji, ‘Beli’ Semua Ikan Dijual Peniaga Ini Siap Hulur Sumbangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd