Now Reading
[Video] Khairul Aming Sekali Lagi Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan Untuk Jadi ‘Content Creator’

[Video] Khairul Aming Sekali Lagi Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan Untuk Jadi ‘Content Creator’

Khairul Aming dalam ucapan di TikTok Awards Malaysia 2024 turut meluahkan rasa bimbang apabila wujud segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih ‘view’ yang tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 menjadi tumpuan semalam (11 Ogos) apabila ramai influencer yang tercalon dalam beberapa kategori dipertandingkan.

Antara yang menjadi perhatian ramai adalah pemenang bagi kategori ‘Creator of The Year’ iaitu Che Sayang Kitchen yang berjaya menewaskan lima pencabar lain termasuklah Sofea Shra, Sofyank, Daddy Hood, Ms Qiwiee dan Ryan Bakery.

Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’ Di TikTok Awards Malaysia 2024

Terdahulu, kategori tersebut yang dipertandingkan buat pertama kali pada tahun 2023 dimenangi oleh cef selebriti Khairul Aming.


Khairul Aming Sekali Lagi Beri Nasihat Sama

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman kemudiannya dipilih sebagai salah seorang juri yang turut membuat keputusan dalam memilih pemenang bagi setiap kategori di TikTok Awards Malaysia 2024.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pilih Kasih” – Khairul Aming Mahu Lakukan Yang Terbaik Sebagai Juri TikTok Awards Malaysia 2024

Ketika acara itu berlangsung, cef selebriti ini memberikan ucapan dan mengambil peluang untuk sekali lagi menasihati golongan muda agar mengutamakan pendidikan sekiranya mempunyai impian untuk bergelar sebagai pencipta kandungan (content creator).

Khairul Aming menceritakan dia bertanya kepada pelajar sekolah tentang kerjaya idaman dan rata-ratanya memberitahu bahawa gelaran sebagai seorang content creator adalah kerja impian mereka.

Sebenarnya tak ada masalah nak jadi content creator sebab banyak impak positif yang kita boleh bagi kepada masyarakat. Tapi dalam masa yang sama, kita juga boleh bagi pengaruh yang kurang baik kalau kita buat content dengan tanpa rasa bertanggungjawab.

Khairul Aming.

Dalam ucapan sama, Khairul Aming turut meluahkan rasa bimbang apabila wujud segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih ‘view’ dan ‘engagement’ yang tinggi di media sosial.

Sebagai contoh demi mengejar view dan juga engagement, ada yang seweneng-wenangnya lontarkan perkataan seperti ‘pendidikan itu tidak penting’ dan ‘bad marketing is a good marketing’ atau pun ‘tak apalah orang kecam asalkan kita kaya’. Sebenarnya perkara ini sedikit demi sedikit telah meracuni pemikiran anak muda.

Khairul Aming.

Bagi mengelakkan perkara ini semakin berleluasa, influencer tersebut mengajak masyarakat untuk menambahkan nilai positif dalam content yang dihasilkan di media sosial agar ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Video ucapan di TikTok Awards Malaysia 2024 itu telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna laman X (@frdausyasin) semalam (11 Ogos).


Orang Ramai Puji Nasihat Khairul Aming Untuk Anak Muda

Rata-rata masyarakat yang mendengar ucapan dari Khairul Aming itu berpendapat bahawa ia adalah satu kata-kata yang boleh memberi impak positif terutamanya anak muda di luar sana.

Mereka turut menganggap cef selebriti itu adalah influencer yang sangat sesuai untuk menyebarkan pengaruh tentang kepentingan pendidikan dalam menghasilkan kandungan di media sosial.

“Saya suka dengan ucapan Khairul Aming. Betul-betul ambil peluang untuk educate semua content creator semalam. Good job,” ucap seorang netizen.

Pada masa yang sama, orang ramai turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Khairul Aming tentang bagaimana kata-kata yang kurang baik boleh mempengaruhi minda pelajar sekolah.

“Betul la tu, secara tak langsung dah meracuni pemikiran anak muda sekarang bab pendidikan. Semuanya bermula daripada pendidikan terutamanya di rumah,” kata seorang pengguna X.


Ucapan Sama Pernah Diberikan Oleh Khairul Aming

Ketika merangkul anugerah ‘Creator of The Year’ semasa TikTok Awards Malaysia 2023, Khairul Aming dalam ucapannya turut menasihati anak muda untuk menghabiskan pembelajaran mereka jika ingin bergelar ‘content creator’.

Tambahnya lagi, mereka yang mahu menjadi ‘content creator’ perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dari segi menyelesaikan masalah serta berfikir secara kritikal.

Sumber: Instagram @khairulaming

Khairul Aming turut berharap agar pelapis ‘content creator’ mampu memajukan Malaysia pada masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd