Now Reading
[Video] Kereta Petrol Parkir Di Ruang Pengecasan Tesla Undang Perhatian

[Video] Kereta Petrol Parkir Di Ruang Pengecasan Tesla Undang Perhatian

Kereta-kereta itu dipercayai meletakkan kenderaan di sebuah terminal Supercharger Tesla sekitar Kuantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari demi hari, semakin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan elektrik (EV).

Untuk info, pendaftaran EV baharu di negara ini melonjak lebih dua kali ganda kepada 10,700 unit pada separuh pertama 2024, berbanding 4,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Ia sekaligus menunjukkan kepentingan pengecas EV untuk diperluaskan di negara ini. Oleh disebabkan populariti kenderaan tersebut yang semakin meningkat, stesen pengecas juga dilihat semakin bertambah di banyak kawasan di setiap negeri.

Baca Artikel Berkaitan: Proton Perkenal Jenama & Logo Kereta EV Pertama ‘Proton e.MAS’


Banyak Kenderaan Petrol Letak Kereta Di Pengecas EV

Pun begitu, ada juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan fasiliti tersebut. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@a.abxd) menyaksikan beberapa buah kereta diletakkan di sebuah stesen Supercharger Tesla di Kuantan.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua buah kereta jenis Proton Saga, sebuah Proton Wira dan sebuah Perodua Bezza memenuhi port pengecas Tesla itu.

Kereta-kereta petrol tersebut meletakkan kenderaan mereka di parkir khas dipercayai kerana tempat meletakkan kenderaan yang terhad di tempat berkenaan.

“Ramai sekarang pengguna Tesla dekat Kuantan,” kata pemilik akaun.

Baca Artikel Berkaitan: “Tesla Tidak Dapat Bersaing Punca Batalkan Pembukaan Kilang Di Asia” – Anwar Ibrahim

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kereta EV atau tidak di lokasi tersebut pada ketika itu, namun ia sememangnya akan menyusahkan para pemandu di sana yang mahu mengecas kereta mereka.

@a.abxd Ramai sekarang pengguna TESLA kat KUANTAN🤣 #tesla #kuantan ♬ original sound – 🔐AABxD 02🔐

Ramai Berang Dengan Sikap Pemandu Yang Tak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat berang dengan tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

“Aduh macam mana orang nak cas kereta. Ke sengaja nak parkir dekat situ buat-buat tak nampak papan tanda ‘Tesla’ tu!” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah ada juga individu yang menyindir pemandu kereta-kereta tersebut.

“Kereta dia orang lagi canggih. Tak main pakai cucuk wayar. Pakai wireless charger,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang bertanya apakah tindakan buat mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

Menjawab kepada persoalan tersebut, seorang individu berkata pemandu kereta boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) bertujuan untuk menunda kenderaan.

Sumber: TikTok (@a.abxd)

Baca Artikel Berkaitan: Hampir Separuh Pemilik EV Di AS Ingin Bertukar Semula Ke Kereta Petrol & Diesel – Kajian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd