“Tiba-tiba Popular”- Maybank Di Kota Kinabalu Jadi ‘Spot’ Bergambar Pelancong Dari China
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin juga tertanya-tanya mengapa cawangan Maybank di Gaya Street, KK itu mendapat perhatian ramai pelancong dari China.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pelancong yang berkunjung ke Malaysia pastinya tidak akan melepaskan peluang mereka untuk bergambar di salah satu lokasi ikonik iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Selain KLCC, ada banyak lagi lokasi tumpuan pelancong di Malaysia seperti Saloma Bridge, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, dan sebagainya.
Tetapi siapa sangka salah satu cawangan bank terkenal di Malaysia juga menjadi tempat tarikan pelancong untuk bergambar.
Maybank Di Sabah Jadi Tempat Pelancong Bergambar
Menerusi beberapa hantaran dimuat naik di laman Xiaohongshu, ramai pelancong dipercayai dari China menjadikan cawangan Maybank di Kota Kinabalu, Sabah sebagai latar belakang untuk bergambar secara estetik.
Lebih terperinci, cawangan bank di Jalan Pantai di sekitar kawasan Gaya Street itu sudah berhenti operasi sejak bertahun lamanya.
Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang para pelancong berkenaan untuk bergambar dengan papan tanda Maybank berwarna kuning yang masih berada di premis berkenaan.
Ini Respon Dari Ahli Parlimen Kota Kinabalu
Mesti ramai yang pelik mengapa lokasi itu secara tiba-tiba menjadi popular dalam kalangan pelancong kan?
Persoalan ini turut menjadi tanda tanya oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin yang peka dengan tarikan pelancong China ke cawangan Maybank di Gaya Street.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook beliau, Chan menganggap ia bukti bahawa Kota Kinabalu mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk para pelancong.
Walaupun saya tidak begitu memahami trend itu, ia jelas menunjukkan bandar ini semakin popular di kalangan pelancong dan secara tidak langsung mencerminkan bahawa Kota Kinabalu kaya dengan sumber pelancongan.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk bergambar di lokasi berkenaan dan berbual dengan beberapa pelancong di sana.
Difahamkan, pelancong yang dijumpainya itu sendiri memberitahu bahawa lokasi berkenaan menjadi spot ‘wajib’ bagi mereka yang suka bergambar.
Tempat-tempat Menarik Di Kota Kinabalu
Kepada anda yang belum pernah ke Kota Kinabalu, ada banyak sebenarnya lokasi pelancongan yang menarik di sana.
Antaranya:
- Taman Negara Tunku Abdul Rahman
- Maliau Basin Lost World
- Pulau Mantanani
- Pantai Tanjung Aru
- Muzium Negeri Sabah
- Lok Kawi Wildlife Park
- Monsopiad Cultural Village
- Signal Hill Observatory Platform
- Kokol Hill
- Kota Kinabalu Wetland Centre
- Tanjung Aru Perdana Park
Baca Artikel Berkaitan: Trip 5H4M Ke Sabah Dengan Kos RM1,200 Seorang Termasuk 2 Hari ‘Island Hopping’!
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.