Laporan Atlet Indonesia Minum Air Basuhan Kaki Ibu Cetus Perdebatan Di Media Sosial, Ini Info Yang Kami Temui
Sebelum ini hanya bukan hanya media tempatan, malah portal seperti CNN Indonesia turut melaporkan yang Rizki Juniansyah ada mengamalkan ritual meminum air basuhan kaki ibunya sebelum bertanding.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, atlet angkat berat Indonesia, Rizki Juniansyah menjadi perhatian ramai selepas jejaka berusia 21 tahun ini berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara angkat berat 73 kilogram di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kejayaan Rizki sekaligus mencatat rekod baru di kejohanan Olimpik dan menjadikan Indonesia pada kedudukan ke-39 selepas mengumpul dua emas.
Sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaaan Rizki yang berjaya menempa kejayaan temasya sukan berprestij ini.
Memohon Keberkatan Ibu Menjadi Penguat Buat Rizki
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram milik atlet berkenaan (@rjuniansyah), Rizki berkongsi rutin yang selalu dilakukan oleh dirinya sebelum melakukan atau bertanding dalam pertandingan angkat berat.
Menurutnya, rutin itu dilakukan dengan mencium dan mencuci kaki ibunya kerana berpendapat bahawa ia membolehkan dirinya mendapat keberkatan ketika dalam pertandingan.
Memang ibuku itu yang terbaik buat diriku kerana ibuku selama ini dari aku kecil telah memberi sokongan dan mendoakan saya ketika saya bertanding ataupun sedang menjalani latihan.
Rizki Juniansyah
Tular Dakwaan Rizki Minum Air Basuhan Kaki Ibunya Sebagai Ritual Sebelum Olimpik
Namun, tular di media sosial tentang dakwaan Rizki telah meminum air basuhan kaki ibunya sebelum bergelar juara dalam acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 2024.
Malah, dakwaan itu turut dilaporkan oleh agensi media tempatan seperti Buletin Utama, Harian Metro dan Berita Harian.
Ini menyebabkan berlakunya perdebatan hangat di media sosial sehingga ada yang mendakwa media tempatan sengaja membuat laporan ‘palsu’ dan melaga-lagakan dua pihak.
Turut Dilaporkan CNN Indonesia Dan KOMINFO
Sehubungan itu, kami telah melakukan carian dan mendapati berita sama turut dilaporkan oleh beberapa portal berita Indonesia seperti CNN Indonesia bertarikh 8 Ogos 2024.
Malah, artikel sama turut diterbitkan Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia (KOMINFO) pada 9 Ogos.
Syarikat majalah perniagaan di Indonesia iaitu Marketeers juga melaporkan perkara sama dengan memetik ucapan Rizki itu dari Majlis Olimpik Kebangsaan Indonesia (NOC) pada 10 Ogos 2024 sebagai rujukan mereka.
Dia didakwa melakukan ritual yang sama sebelum bertanding dan menempah kemenangan di Piala Dunia IWF 2024.
Walau bagaimanapun, Rizki sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung topik hangat berkenaan.
Netizen Indonesia Anggap ‘Ritual’ Perkara Biasa Bagi Setiap Atlet
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ainurohman), pengguna media sosial ini berpendapat bahawa ‘ritual’ yang dilakukan oleh setiap atlet adalah suatu kebiasaan dan ia berbeza-beza mengikut individu.
Sebagai contoh, wujud atlet yang akan memakan sebungkus biskut bayi dan meninggalkan dua biji terakhir sementara ahli sukan yang lain pula dikatakan sengaja memakai seluar dalam secara terbalik serta mendengar lagu yang sama.
Sebelum ini, hos dan penyanyi terkenal Indonesia Raffi Ahmad juga mengaku pernah meminum air basuhan kaki ibunya.
Soal Rizki mencuci kaki ibunda dan meminum airnya itu berdasarkan keterangan resmi Rizki kepada Marketing dan Communications NOC Indonesia.
— A. Ainur Rohman (@ainurohman) August 11, 2024
Dua kali Rizki mengatakan itu. Pertama sebelum tanding. Kedua setelah dapat emas.
Begini, kalau sering baca2 cerita atlet2 dunia… https://t.co/LeeHSd31RA pic.twitter.com/sq8szdnbi3
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.