Che Sayang Kitchen Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’ Di TikTok Awards Malaysia 2024
Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid telah membawa pulang sebuah trofi dan telefon bimbit selepas dinobatkan sebagai ‘Creator of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Daripada lima kategori yang dipertandingkan di TikTok Awards Malaysia 2024 pada tahun ini, pemenang untuk ‘Creator of the Year’ adalah yang paling dinanti-nantikan kerana ia adalah anugerah tertinggi dalam majlis itu.
Antara calon-calon yang tersenarai dalam kategori tersebut adalah:
Sudah pastinya untuk menjadi pemenang, setiap calon ini perlu mendapat undian paling banyak daripada orang ramai serta mendapat majoriti pilihan dari para juri.
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Awards Malaysia 2024 Buat Kali Ke-2, Kali Ini Tampil Dengan Anugerah Baharu
Che Sayang Kitchen Terpilih Sebagai Pemenang ‘Creator Of The Year’
Debaran untuk mengetahui siapakah ‘pengganti’ Khairul Aming yang meraih anugerah sama pada tahun lalu di TikTok Awards Malaysia akhirnya terungkai selepas influencer Che Sayang Kitchen dinobatkan sebagai ‘Creator of The Year’ pada tahun ini.
Kejayaan itu sekaligus memberi peluang kepada Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid untuk membawa pulang sebuah trofi dan telefon bimbit.
Che Sayang Tak Sangka Dinobatkan Sebagai ‘Creator Of The Year’
Memetik laporan Harian Metro, Che Sayang meluahkan rasa terkejut dengan pengiktirafan yang diterimanya itu dan bersyukur atas pemilihan juri serta sokongan dan undian dari orang ramai yang diberikan kepada dirinya.
Perasaan saya memang sebak. Sekarang pun masih tak percaya lagi. Sebab saya tahu calon-calon yang lain sangat hebat, banyak sumbangan mereka dalam penciptaan kandungan ini.
Che Sayang.
Che Sayang telah menewaskan lima lagi pencabar lain dalam kategori sama dengan video siri masakannya yang bertajuk ‘Dua Minit Satu Resepi’ di media sosial.
Biarpun baru sahaja berkecimpung dalam dunia penciptaan kandungan pada tahun lalu, namun Che Sayang tidak melihatnya sebagai penghalang untuk menghasilkan video masakan yang menarik sehingga berjaya ke tahap ini.
Jujur saya rasa agak mustahil untuk menang kategori ini. Tapi saya cakap kepada pasukan saya kalau kita kerja keras, Insya-Allah tiada apa yang mustahil. Saya berterima kasih kepada keluarga dan peminat yang menyokong saya selama ini.
Che Sayang.
Orang Ramai Teruja Atas Kejayaan Che Sayang
Menerusi ruangan komen video yang dimuat naik di laman TikTok (@tv3malaysia), orang ramai dilihat mengucapkan tahniah kepada Che Sayang kerana berjaya mendapat anugerah tertinggi dalam TikTok Awards Malaysia 2024.
Masyarakat turut berpendapat bahawa pencipta kandungan itu sememangnya layak merangkul anugerah berkenaan kerana telah banyak membantu memberi tunjuk ajar dari segi masakan.
“Semua resepi Che Sayang saya pernah cuba dan menjadi. Tahniah Che Sayang,” ucap seorang netizen.
Malah, ada juga sesetengah netizen yang berkata mereka sudah mula pandai memasak selepas menonton video resepi dari Che Sayang Kitchen sebagai panduan.
“Dia memang layak sebab dia lah aku suka belajar memasak dan tengok cara dia masak,” kata pengguna TikTok.
Latar Belakang Tentang Che Sayang
Selain bergiat aktif dalam mencipta video masakan, pemegang ijazah dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini juga seorang jurutera data yang pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan.
“Sebelum ini saya dah berniaga banyak benda dan banyak yang tak jadi. Kemudian pada tahun 2023, saya kata saya akan kembali, walau apa jadi pun, saya nak buat sampai jadi,“ katanya.
Sebagai info, Che Sayang Kitchen bermula pada tahun lepas iaitu Mac 2023 di mana pada waktu itu Qayyum bersama pasukannya hanya menggunakan alatan sedia ada di rumah yang sederhana dan tidak canggih.
Hari demi hari, Che Sayang Kitchen telah menaik taraf barangan mereka seperti membeli lampu yang lebih besar dan terang serta kamera profesional.
Bermula dengan tiada pengikut, kini akaun Che Sayang Kitchen di TikTok berjaya mengumpul sejumlah dua juta pengikut di TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.