Now Reading
[Video] Pemandu Wanita Didakwa Dipukul 2 Lelaki Ketika Berlaku Perselisihan Faham Di Lebuh Raya

[Video] Pemandu Wanita Didakwa Dipukul 2 Lelaki Ketika Berlaku Perselisihan Faham Di Lebuh Raya

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan itu memperlihatkan seorang lelaki berbaju hitam menjerit sambil menggunakan kata-kata kesat terhadap pemandu wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di jalan raya, macam-macam perangai pemandu yang kita akan lihat seperti tidak memberi isyarat untuk memasuki persimpangan, sesuka hati menukar laluan dan sebagainya.

Sikap cuai sesetengah pengguna jalan raya ini sudah pastinya membuatkan segelintir pihak berasa tidak puas hati sehingga menyebabkan mereka melakukan perkara di luar kawalan.

Lebih membimbangkan lagi apabila ia melibatkan tindakan fizikal yang boleh mengakibatkan kecederaan seperti yang berlaku baru-baru ini kepada seorang wanita.


2 Individu Lelaki Didakwa Pukul Pemandu Wanita

Menerusi ciapan dimuat naik semula di laman X (@mynewshub), seorang pemandu wanita berkongsi rakaman dalam kamera dashcam yang menunjukkan beberapa orang lelaki menuju ke arah keretanya selepas mereka memberhentikan kenderaan di laluan sebelah kiri jalan raya.

Seorang lelaki berbaju hitam difahamkan terus menjerit ke arah wanita tersebut sambil menggunakan kata-kata kesat.

Difahamkan lelaki tersebut telah memukulnya kerana kedengaran suara wanita itu berkata ‘You pukul I ke’ dalam rakaman berkenaan.

Tidak lama kemudian, seorang lagi lelaki berbaju biru menghampiri mereka sebelum keadaan menjadi semakin kecoh.

Sumber: X (@mynewshub)

Sebelum mereka beredar, dipercayai individu yang berbaju biru itu kedengaran seperti sedang menahan marah sambil memukul pemandu wanita tersebut.

Rakaman video itu juga jelas menunjukkan lelaki berbaju biru itu memukul bonet hadapan kereta milik pemandu terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku pada 31 Julai lalu sekitar jam 2:32 petang di Lebuhraya Utara-Selatan.


Suspek Mengaku Tak Bersalah

Semasa dipanggil untuk memberi keterangan, suspek mengaku tidak bersalah kerana mencederakan wanita berkenaan.

Menerusi gambar dimuat naik, tindakan suspek yang memukul mangsa telah mengakibatkan bengkak pada bahagian matanya.

Susulan itu, mana-mana saksi kejadian di lokasi terbabit yang melihat tindakan suspek menaiki kereta jenis Toyota Vellfire itu untuk tampil memberikan keterangan.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Kejadian Yang Berlaku

Rata-rata masyarakat meluahkan rasa bengang dan tidak puas hati dengan pemandu kereta Toyota Vellfire itu selepas bertindak memukul wanita berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan.

“Daripada boleh charge perempuan tu melakukan kesalahan jalan raya, kau pula yang kena charge sebab pukul orang,” ujar pengguna media sosial.

Beberapa netizen pula berpendapat situasi tersebut sama seperti kejadian yang pernah berlaku sebelum ini di Cameron Highlands apabila seorang pemandu lelaki menunjal kepala pemandu wanita semasa berlaku perselisihan faham di jalan raya.

“Ni macam kes abang yang turun Cameron Highlands tu, dah kena tangkap hilanglah barannya duduk lokap,” kata seorang pengguna X.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menganggap situasi itu berkemungkinan menyebelahi satu pihak sahaja.

“One sided story macam ni aku tak percaya la,” luah seorang netizen.

Sumber: X @mynewshub

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd