Now Reading
[Video] Wanita Letak Durian Atas Cermin Kereta Semasa Memandu Gara-gara Tak Tahan Bau

[Video] Wanita Letak Durian Atas Cermin Kereta Semasa Memandu Gara-gara Tak Tahan Bau

Menurut wanita dikenali sebagai Nani, dia menggemari buah durian tetapi tidak tahan dengan baunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang buah, pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia menggemari ‘raja buah’ iaitu durian. Setiap kali tiba musimnya, ramai di kalangan masyarakat akan keluar mencari buah tersebut.

Pun begitu, bukan semua di antara kita yang boleh mendekati buah berkenaan. Seperti sebelum ini, seorang konduktor bas awam di Thailand dilaporkan tidak sedarkan diri selepas seorang penumpang membawa buah durian.

Malah banyak negara serta termasuk premis tempatan antaranya hotel tidak membenarkan durian dibawa masuk ke dalam bangunan.

Perkara itu kedengaran aneh, namun alahan terhadap buah berkenaan sememangnya wujud walaupun ia jarang berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: Konduktor Bas Awam Pengsan Lepas Hidu Durian Dibawa Penumpang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penerbangan Dari Hawaii Bertukar Panik Selepas Bau Durian ‘Berlegar’ Dalam Pesawat


Wanita Letak Bungkusan Buah Durian Atas Cermin Kereta Ketika Memandu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nani.roc) menyaksikan situasi mencuit hati apabila seorang wanita dikenali sebagai Nani berkongsi momen semasa sedang memandu di atas jalan raya.

Nani yang juga seorang Voice Talent dipercayai membeli beberapa bungkusan berisi buah durian dan mahu membawanya ke sesuatu tempat. Lain daripada orang lain, Nani telah meletakkan buah berkenaan di atas cermin kereta semasa sedang memandu.

Sumber: TikTok (@nani.roc)

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan kerana dia tidak tahan dengan bau buah yang kuat dan menyengat itu.

“POV: Bila kau suka (makan) durian tapi tak boleh tahan bau,” ujar wanita itu.

Memang tidak dapat dinafikan, buat segelintir individu bau durian boleh membuatkan mereka pening kepala dan loya.


Harap Penunggang Motosikal Tak ‘Sambar’ Bekas Durian

Sementara itu, kendengaran Nani berjenaka dan berharap agar penunggang motosikal yang berada berdekatan dengan keretanya tidak mengambil buah durian dalam bekas itu.

“Jangan ada (penunggang) motosikal sambar sudah. Abang-abang motor jangan ambil durian kami tahu. Kami sayang durian kami ni,” kata Nani.

@nani.roc

Bawak durian jalan-jalan jap

♬ original sound – Nani Roslan

Ramai Terhibur Lihat Idea Luar Kotak Nani

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat idea luar kotak Nani bagi mengelakkan bau durian yang terlalu kuat.

“Drama baru Nani hari ini sudahkah anda bawa durian anda jalan-jalan,” jelas seorang individu.

Malah ada individu yang berkata situasi itu memberikan mereka idea untuk membuat perkara sama.

“Good idea lah. Bolehlah bawa balik macam ni lepas ni,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ada yang memberi tips untuk mengelakkan bau durian yang terlalu kuat.

“Sis boleh cuba letak roti dalam plastik tu (durian). Insya-Allah takde bau,” ujar seorang pengguna TikTok.

Namun sejauh mana kebenaran perkara tersebut tidak kami ketahui. Segelintir individu juga berkongsi pengalaman mereka tidak boleh hidu durian.

Sumber: TikTok (@nani.roc)

Baca Artikel Berkaitan: Babak Durian Goreng Dalam Filem ‘The Man From Toronto’ Buat Rakyat Malaysia Terkejut

Baca Artikel Berkaitan: Makan Durian Pakai Sudu, Ramai Terhibur Lihat Awie Kena Bahan Dengan Roy Azman [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd