Now Reading
[Video] Orang Ramai ‘Seriau’ Lihat Pelancong Lepak Tepi Landasan Kereta Api Di Hanoi

[Video] Orang Ramai ‘Seriau’ Lihat Pelancong Lepak Tepi Landasan Kereta Api Di Hanoi

5 minit sebelum tren laju lalu, para pengunjung Street Train, Hanoi dilihat asyik bergambar di landasan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbicara tentang percutian, ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang gemar melancong ke Vietnam. Negara tersebut dikatakan sesuai buat mereka yang ingin ‘healing’ dan memburu kopi sedap.

Bukan itu sahaja, ibu kota Hanoi juga popular dengan satu destinasi dikenali sebagai ‘Street Train’ di mana pengunjung boleh menikmati juadah sambil melihat tren yang beroperasi di sebelah mereka.

Selain memberikan pengalaman luar biasa, orang ramai juga berkesempatan untuk mengambil gambar ‘Insta-worthy’ di situ.


Pelancong Lepak Tepi Tren Laju Di Hanoi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@rissa_pearl) menyaksikan sekumpulan pelancong dari Malaysia sedang menikmati percutian mereka di tepi Street Train, Hanoi.

Menerusi video tersebut, kelihatan kumpulan tersebut sedang meluangkan masa di tepi landasan tren. Bukan landasan tren yang sudah usang, tetapi masih beroperasi hingga kini.

5 minit sebelum kereta api melalui rel, kelihatan beberapa orang individu sedang asyik bergambar dengan pelbagai gaya. Ada juga seorang lelaki sempat meletakkan bangku di tengah-tengah landasan bagi mengambil ‘shot’ gambar yang terbaik.

Sewaktu kereta api semakin menghampiri pula, para pengunjung dilihat bersedia duduk di tepi landasan.

Sumber: TikTok (@rissa_pearl)

Perkara yang mengundang perhatian adalah jarak di antara rel dan kawasan tempat duduk pelawat adalah begitu dekat. Tidak sampai 1 meter ya jarak seseorang dengan tren tersebut.

Walaupun sesetengah daripada mereka berasa terkejut dan seriau dengan tren laju yang lalu, namun ada juga yang sempat merakam momen berkenaan.

Menurut pemilik akaun dikenali sebagai Rissa, ia merupakan pengalaman terbaik buatnya.

@rissa_pearl Best experience ever.#travel #hanoi #trip #fypp ♬ Redline Shizuka – Nieza_Official

Orang Ramai Seram Tengok Tren Laju Lalu Sebelah Pengunjung

Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu dilihat terkejut tempat tersebut wujud di sana.

“Dekat negara mana ni? Macam best tapi rasa seram juga (tren) dekat sangat. Mesti angin kuat g*la,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga kecut perut melihat tren yang laju melalui pengunjung yang ramai di sana.

“Ya Allah nak macam tercabut jantung ni. Saya tak boleh kawal perasaan gementar tengok tren laju macam tu. Korang tak rasa badan bergetar ke sebab (tren) dekat sangat,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada juga yang berkata mereka tidak akan pernah cuba aktiviti sebegitu walaupun dibayar oleh sesiapa.

“Maaf kak saya tak sehebat akak. Kalau dibayar pun belum tentu saya berani duduk situ. Habis tahan nafas semua dah. Risau tergelincir landasan je. Sipi-sipi amat, dah macam tengok final destination,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@rissa_pearl)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Kecil Tersangkut Di Tengah-tengah Laluan Zipline Di Bali Bikin Ramai Kecut Perut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd