[Video] Imam Di Indonesia Meninggal Dunia Ketika Sujud Selepas Selesai Imamkan Solat Maghrib
Imam di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia itu sedang melakukan solat sunat selepas Magrib ketika menghembuskan nafas terakhir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap umat Islam pasti percaya bahawa ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT.
Namun, setiap daripada kita pastinya mengimpikan pengakhiran yang baik atau disebut sebagai husnul khatimah.
Ia adalah satu kematian yang sangat dicemburui ramai kerana bukan semua individu diberi peluang sedemikian dalam kehidupan mereka.
Imam Di Indonesia Meninggal Dunia Selepas Imamkan Solat Maghrib
Menerusi laporan Sinar Harian, seorang lelaki di Indonesia dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lalu (4 Ogos) sewaktu sedang bersujud ketika menunaikan solat sunat selepas fardu Maghrib.
Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Dedi Fauzi baru sahaja selesai mengimamkan solat Maghrib di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia.
Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi menjelaskan keadaan arwah itu disedari selepas dilihat berada dalam keadaan sujud dalam tempoh agak lama sebelum disedari tidak lagi bernyawa.
Beliau baru selesai menjadi imam solat Maghrib sehinggalah habis memimpin doa, kemudian Allahyarham melanjutkan dengan solat sunat selepas Maghrib. Pada masa sujud di rakaat terakhir, beliau tidak bangun-bangun lagi, hinggalah didapati sudah meninggal dunia.
Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi.
Allahyarham yang merupakan bapa kepada empat dikenali sebagai seorang yang berpewatakan baik selain dia juga merupakan guru mengajar al-Quran kepada kanak-kanak di masjid berkenaan.
Tanda-tanda Pemergian Dengan Cara Husnul Khatimah
Pemergian dalam cara yang baik atau disebut sebagai ‘husnul khatimah’ merupakan sesuatu yang sangat mulia dalam Islam.
Antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan ‘husnul khatimah’ adalah:
- Sempat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.
- Meninggal dunia pada malam atau hari Jumaat.
- Dahi berpeluh.
- Diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sentiasa melakukan ibadah.
- Menghidap penyakit berkaitan perut.
- Meninggal dalam keadaan lemas, jatuh bangunan atau syahid di jalan Allah SWT.
- Meninggal ketika melahirkan anak.
- Meninggal dunia ketika mempertahankan harta dan maruah diri.
- Meninggal dunia kita melakukan amal soleh.
Semoga kita semua diberikan pengakhiran kehidupan dalam keadaan yang baik juga. Amin.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kematian Yang Dicemburui, Imam Di Indonesia Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Berjemaah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Meninggal Dunia Lepas Tanya Soalan Ingin Bertemu Rasulullah SAW
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.