Now Reading
“Saya Dah Tak Nak ‘Minum’ Dah” – Kerana Terlebih Minum Alkohol, Darah Lelaki Ini Bertukar Hijau

“Saya Dah Tak Nak ‘Minum’ Dah” – Kerana Terlebih Minum Alkohol, Darah Lelaki Ini Bertukar Hijau

Punca darah Chen Nan bertukar berwarna hijau susu itu adalah disebabkan kerosakan hati yang teruk akibat berlebihan alkohol dan hiperlipidemia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gaya kehidupan seharian boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang termasuklah dari segi pemakanan, cara pengurusan stres, kekerapan melakukan senaman dan sebagainya.

Selain faktor genetik, seseorang individu itu berisiko untuk mendapat penyakit kronik seperti masalah jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya kerana gaya hidup yang tidak dijaga dengan betul.

Walaupun berada dalam usia yang muda, golongan ini juga berpotensi untuk terdedah dengan masalah kesihatan yang membimbangkan.


Darah Dalam Badan Bertukar Warna Hijau

Menerusi laporan dari CT Want, seorang lelaki dikenali sebagai Chen Nan dari Shenzhen, China berdepan masalah kesihatan yang membimbangkan selepas dia disahkan menghidap empat jenis penyakit yang mengancam nyawanya.

Hasil diagnosis juga mendedahkan bahawa dia memiliki masalah kesihatan seperti:

Difahamkan ia berlaku selepas individu berkenaan kerap bersosial dan menikmati minuman beralkohol setiap hari untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Kesan daripada perkara itu kemudiannya jelas kelihatan pada bulan lalu selepas dia mendapati tenaganya berkurang secara mendadak dan tidak berupaya untuk makan.

CT Want yang memetik sumber Shenzhen Special Zone News mendedahkan seluruh kulit dan matanya bertukar menjadi kekuningan selain berasa semput untuk bernafas.

Sumber: Shenzhen Special Zone News

Namun apa yang lebih memeranjatkan lagi apabila darah dalam badannya juga bertukar daripada merah kepada kehijauan.

Difahamkan, punca darahnya bertukar berwarna hijau susu itu adalah disebabkan kerosakan hati yang teruk akibat penyalahgunaan alkohol dan hiperlipidemia yang berpanjangan akibat pemakanan yang tidak terkawal.


Individu Sudah Serik Dan Tidak Mahu Minum Minuman Keras Lagi

Selepas mendapati perubahan warna darah itu, doktor yang memeriksa keadaan pesakit tersebut mengambil keputusan untuk memberikan rawatan ‘Double Plasma Filtration (DFPP)’ untuk memindahkan darah individu itu.

Sumber: Shenzhen Special Zone News

Tidak lama selepas itu, sebuah beg kecil yang dipenuhi dengan cecair berwarna kuning muncul dalam mesin penapis tersebut.

Perkara itu telah mengejutkan Chen Nan dan menyebabkan dia ‘berazam’ untuk tidak meminum minuman beralkohol lagi pada masa akan datang.

Saya dah tak berani dah nak makan atau minum berlebihan pada masa akan datang. Saya dah tak akan ‘minum’ lagi.

Chen Nan

Rawatan tersebut telah dijalankan selama dua minggu sebelum Chen Nan disahkan sembuh dan boleh keluar dari hospital.

Baca Artikel Berkaitan: Bacaan Tekanan Darah Jadi Tinggi Lepas Jumpa Doktor, Ini Penjelasan Pakar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 4 Pantang Larang Ketika Ambil Probiotik Dalam Rutin Harian Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd