“Cikgu Suruh Bagi Orang Yang Kita Sayang” – Anak Istimewa Beri Ibu Bunga Buat Ramai Sebak
Menurut si ibu, anak lelakinya belajar menggubah bunga di sekolah sebelum memberikannya sekuntum mawar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat ibu bapa yang mempunyai anak golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pasti anda bersetuju mereka ini ada perangainya tersendiri.
Ada yang agak agresif dan sukar dikawal, tetapi ada juga yang bersifat lemah-lembut serta manja dengan orang tuanya.
Kadangkala, anak istimewa inilah yang membawa seri kepada ahli keluarga di rumah dengan kecomelan dan perangai mereka yang ‘pure’.
Anak Istimewa Beri Sekuntum Bunga Kepada Ibu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sopheahann) menyaksikan satu momen menyentuh hati di antara seorang anak istimewa dikenali sebagai Ahnaf Aydeen bersama ibunya, Sophia.
Menerusi video tersebut, Ahnaf yang baru pulang dari sekolah dilihat menghadiahkan si ibu sekuntum bunga mawar merah jambu bersama riben.
Menurut Sophia, anak lelakinya telah belajar menghasilkan gubahan bunga di sekolah. Kanak-kanak tersebut kemudian membawa pulang dan menunjukkan gubahan bunganya dengan bangga kepada si ibu.
Ibu nah (bunga). Cikgu cakap kena bagi dekat orang yang kita sayang.
Ahnaf Aydeen.
Ahnaf kemudian mengangguk selepas ditanya sama ada dia sayang si ibu yang membesarkannya atau tidak.
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak
Ramai Sebak Lihat Ahnaf Hadiahkan Sekuntum Bunga Buat Ibu
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat sebak melihat Ahnaf yang sentiasa mengingati ibunya.
“Luluh hati akak yang keras ni tengok awak boleh ungkapkan rasa sayang dekat mama awak dik,” ujar seorang wanita.
Malah, ada juga yang berharap agar orang di luar sana tidak mengusik anak istimewa tersebut kerana hatinya yang mulia.
“Tolonglah orang dekat luar sana nanti jangan buat jahat dekat adik ni. Sucinya hati kau dik,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada yang beranggapan Ahnaf mengajar orang ramai untuk berkasih sayang sesama manusia.
“Anak macam ni sebenarnya yang banyak mengajar kita orang dewasa tentang cinta dan kasih sayang,” jelas seorang warganet.
Perbuatan manis si kecil membuatkan sesetengah individu mahu melakukan perkara yang sama untuk ibu bapa mereka.
Ahnaf Hidap Sindrom Apert Yang Juga Dikategorikan Sebagai ‘Penyakit Jarang Jumpa’
Untuk pengetahuan semua, Ahnaf disahkan menghidapi Sindrom Apert. Sindrom Apert adalah satu gangguan genetik di mana tulang tengkorak tertentu bercantum lebih awal. Keadaan itu dikenali sebagai kreniosinostosis.
Sindrom tersebut juga dikategorikan dalam Penyakit Jarang Jumpa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan Penyakit Jarang Jumpa sebagai penyakit yatim piatu kerana ia jarang dihidapi oleh populasi manusia di sesebuah negara.
Kalau anda nak tahu, Hari Penyakit Jarang Jumpa jatuh pada setiap 29 Februari setiap empat tahun.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Fakta & Punca Wujudnya Penyakit Jarang Jumpa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Zizan Razak Menangis Sebak Terima Hadiah Kereta Mercedes Idaman Daripada Anak-Anak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram