Now Reading
“Ada Orang Percaya Tuah” – Lelaki Terkejut Jumpa Banyak Duit Kertas Pada Celah Batu Ketika Hiking

“Ada Orang Percaya Tuah” – Lelaki Terkejut Jumpa Banyak Duit Kertas Pada Celah Batu Ketika Hiking

Menerusi video tular, kelihatan banyak kepingan wang kertas bernilai RM1 diletakkan di celah batu sekitar Dongkulas Trail Kota Belud, Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai negara yang berbilang kaum, pasti setiap dari kita mempunyai kepercayaan tersendiri. Ada yang 100% hanya mempercayai apa yang diajar dalam Sains dan ada juga yang memegang kepercayaan dari orang dulu-dulu. Sebagai contoh adalah tuah.

Namun buat umat Islam, kepercayaan Tatayyur iaitu percaya pada tuah dan sial adalah ditegah. Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI), walaupun sesetengah ‘tuah’ yang dipercayai tidak dikira sebagai syirik namun perbuatan tersebut adalah kurang cerdik.

Pun begitu, segelintir golongan masyarakat masih mempercayai perkara ini atas pelbagai faktor.


Lelaki Jumpa Banyak Duit Diselitkan Pada Celah Batu Ketika Hiking

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ceoofunclebear) apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya mendaki di Dongkulas Trail sekitar Kota Belud, Sabah.

Kebiasaannya, para pendaki akan menjangkakan pemandangan yang cantik selepas sampai ke puncak, namun lain pula buat lelaki dikenali sebagai Uncle Bear ini apabila dia terjumpa banyak duit kertas diletakkan pada celah-celah batu di kawasan tersebut.

Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak wang kertas bernilai RM1 diletakkan di merata tempat pada batu-batu di sana.

“Seriuslah tu semua duit kot. Kenapa selit dekat batu ni? Kalau kumpul mahu sampai ratusan ringgit,” ujar pendaki berkenaan.

Sumber: TikTok (@ceoofunclebear)

Dakwa Ada Pihak Percaya Pada Tuah

Dakwa Uncle Bear, terdapat segelintir individu di kawasan itu mempunyai kepercayaan yang mereka akan mendapat ‘tuah’ dengan perkara-perkara baik sekiranya meletakkan duit pada bukit tersebut.

Ada orang percaya kepada ‘tuah’ yang akan dapat bila letak duit di sini. Bagaimanapun hiking sini sangat best dan ada jual mi segera di puncak. Sungai sangat cantik dan ikan kelah jinak yang korang boleh beri makan. Datanglah gerenti best.

Uncle Bear.
@ceoofunclebear Ada orang percaya kepada “Tuah” yang akan dapat bila letak duit disini. Anyway hiking sini tersangat best dan ada jual megi di puncak. Sungai sangat cantik dan ikan kelah jinak yang korang boleh beri makan. Datangla gerenti AWESOME! #dongkulastrail #hiking #unclebear #fitness #sabah #kotabelud #kotakinabalu ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Duit Di Celah Batu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berseloroh dengan situasi tersebut dengan berkata mereka akan mengambil wang itu.

“Dia selit, aku ambil. Sebab dia je percaya, aku tak percaya. Aku ambil, masuk bank. Duit tu dalam bank,” ujar seorang wanita.

Malah, ada yang berjenaka dengan berkata individu yang meninggalkan duit berkenaan sepatutnya meletakkan wang kertas bernilai lebih tinggi.

“Kenapa tak selit RM10 ke RM50 ke?” tanya seorang individu.

Sementara itu, ada yang memberi pendapat untuk mengutip dan meletakkan wang tersebut ke dalam tabung masjid.

“Kutip duit tu hantar ke masjid. Insya-Allah termakbul doa orang-orang yang letak tu,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ceoofunclebear)

Baca Artikel Berkaitan: ‘Sup Bunjut’ Antara Amalan Khurafat Yang Masih Diamalkan Pesakit di Hospital

Baca Artikel Berkaitan: “Larangan Sidai Kain Pada Waktu Malam Adalah Khurafat” – Dr Abu Anas Madani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd