Now Reading
[Video] Aksi 2 Pelajar Berlainan Bangsa Kongsi Bungkusan Nasi Di Kantin Buat Ramai Tersentuh

[Video] Aksi 2 Pelajar Berlainan Bangsa Kongsi Bungkusan Nasi Di Kantin Buat Ramai Tersentuh

Dua orang murid sekolah yang dipercayai berbangsa India dan Melayu itu berkongsi satu bungkusan nasi yang sama menggunakan tangan ketika waktu rehat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masyarakat Malaysia beruntung kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Kepelbagaian ini jugalah yang menguatkan lagi sikap bersatu padu dalam kalangan masyarakat meskipun memiliki latar belakang yang berbeza.

Tanpa mengira peringkat umur, nilai murni ini sebenarnya sudah diterapkan sejak muda lagi apabila didedahkan dengan rakan sekelas yang berlainan bangsa di sekolah.


Murid Sekolah Berbeza Bangsa Saling Berkongsi Makanan

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@callme._eddy), individu ini menunjukkan satu situasi di mana dua orang murid perempuan yang sedang menjamu selera ketika waktu rehat.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila mereka berdua yang dipercayai berbangsa India dan Melayu itu berkongsi satu bungkusan nasi menggunakan tangan.

Bukan itu sahaja, pelajar tersebut juga dilihat berkongsi tempat duduk dengan murid lain di meja berkenaan.

Ketika video tersebut dirakam, murid perempuan berbangsa India yang memakai baju kurung sekolah berwarna ungu itu dilihat sedang berbual mesra dengan rakannya berbangsa Melayu itu.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 598,300 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Orang Ramai Puji Sikap Toleransi Dua Murid Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat memuji sikap dua orang murid itu yang bercampur gaul dengan pelbagai kaum di sekolah.

“Waktu sekolah semua bangsa mesti bersatu, terbaik satu contoh untuk semua,” ujar seorang pengguna TikTok.

Pada masa sama, mereka turut berkongsi pengalaman sama ketika mempunyai kawan berbeza kaum sewaktu zaman sekolah dahulu.

Segelintir masyarakat pula berpendapat bahawa pergaulan pelajar dengan bangsa berbeza di sekolah tidak menjadi masalah, namun sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mementingkan politik dikatakan menjadi punca berlakunya pecah belah.

“Pelajar kita tak ada masalah dalam pergaulan di sekolah. Yang memecahbelahkan kita adalah sikap ibu bapa atas kepentingan politik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Cara Terbaik Untuk Menguatkan Lagi Ikatan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum, penting untuk kita sama-sama mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.

Antara perkara-perkara yang boleh rakyat Malaysia amalkan adalah:

  • Kerap berkunjung ke rumah jiran berlainan bangsa sempena menyambut perayaan.
  • Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam penduduk perumahan seperti aktiviti gotong-royong.
  • Menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
  • Meraikan sambutan setiap kaum di Malaysia.
  • Menggalakkan anak-anak untuk berkawan dengan individu dari kaum berbeza.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Berbilang Kaum Pasang 400 Lampu Hiasan Raya Aidilfitri Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd