“Rare Konsep Ni” – Pengantin Naik Van Jenazah Untuk Ke Majlis Persandingan Raih Perhatian
Menurut tetamu majlis dikenali sebagai Zulsham, ayah kepada pengantin terlibat dalam NGO Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, hari perkahwinan merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu buat para pengantin untuk berkongsi momen gembira tersebut dengan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Dalam sesetengah majlis persandingan, pelbagai elemen ‘surprise’ yang dibawakan oleh pengantin kepada tetamu yang hadir.
Seperti sebelum ini, seorang pengantin lelaki memilih untuk memakai kostum Ultraman Taro ketika hari istimewanya. Lelaki tersebut dikatakan sangat meminati watak superhero itu dan sudah lama berhasrat untuk memakai kostum semasa hari berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Bersanding Pakai Kostum Ultraman Jadi Perhatian Ramai [Video]
Pengantin Naik Van Jenazah Untuk Ke Majlis Persandingan
Perkara yang luar biasa tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zulsham75) menyaksikan suasana di sebuah majlis persandingan pasangan pengantin dipercayai sekitar Tanjung Syawal, Klang.
Dalam video tersebut, kelihatan sebuah kenderaan jenis MPV berwarna merah yang digunakan sebagai van jenazah berada di majlis tersebut.
Difahamkan, pengantin telah menaiki kenderaan itu untuk hadir ke sana. Van jenazah berkenaan juga dihiasi dengan riben seperti kereta pengantin yang biasa anda lihat.
Menurut tetamu majlis dikenali sebagai Zulsham, ayah kepada pengantin terlibat dalam NGO Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).
@zulsham75 Selamat Pengantin Baru #vanjenazahguamusang #vanjenazahpercuma #vanjenazahmalaysia #viralvideo #viraltiktok ♬ Lagu Viral Selamat Pengantin Baru – CEO OF RANDOM ✨
Jelas ibu kepada pengantin di ruangan komen, dia hanya menganggap van jenazah tersebut seperti kenderaan biasa yang lain.
“Saya tak ada fikir apa-apa pun. Macam kita bawa kereta biasa je. Semoga semua fikir baik-baik ya,” kata si ibu.
Banyak Van Jenazah Iring Pengantin Ke Majlis
Bukan itu sahaja, ahli keluarga juga dipercayai menaiki van-van jenazah yang bertindak sebagai ‘escort’ untuk mengiringi pengantin ke majlis persandingan tersebut. Memang banyak dan meriah betul ya!
Jelas Zulsham, perkongsian ini berfungsi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak bahawa van jenazah adalah seolah-olah seperti ambulans yang tidak perlu ditakutkan.
@zulsham75 Replying to @SAMFIRZAL ♬ Lagu Viral Selamat Pengantin Baru – CEO OF RANDOM ✨
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pengantin Guna Van Jenazah
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai kagum dengan idea menggunakan van jenazah untuk membawa pengantin baru.
“Lain dari lain. Memang luar biasa ni. Dalam juga ‘penyampaian’ tu,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga berpendapat penggunaan van jenazah itu boleh mengingatkan individu tentang kematian dan Allah SWT walaupun sedang bergembira.
“Simbolik jodoh (van jenazah) itu ada iaitu perkahwinan dan kematian,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, pengguna TikTok juga tidak terlepas mengucapkan tahniah serta menitipkan doa yang baik-baik buat pasangan tersebut.
Bahkan ada yang berpendapat unit khas yang tertera pada MPV itu merujuk kepada kenderaan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
“Okaylah, kan ada tulis unit khas. Khas ni merujuk kepada pelbagai fungsi, multifunction. Apa-apa pun selamat pengantin baru,” ujar seorang netizen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Boleh Bawa Kucing Ke Majlis Kahwin, Keluarga Cetak Potret Si Bulus Bersaiz Besar Untuk Sesi Photoshoot
Baca Artikel Berkaitan: “Kita Satu Malaysia..” – Video Pasangan India Buat Majlis Sanding Ikut Adat Melayu Raih Perhatian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram